in

“70 tahun bersama” – Tun Mahathir & Tun Hasmah Diiktiraf Pasangan Pertama Bekas Ketua Kerajaan Masih Hidup Di Asia

Dr Mahathir Dr Hasmah Pasangan Tertua Asia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mencipta sejarah tersendiri apabila masing-masing menerima pengiktirafan sebagai bekas Perdana Menteri dan pasangan tertua yang masih hidup di peringkat ASEAN.

Pengiktirafan itu disampaikan ASEAN Records dan ASIA Records dalam satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-101 Tun Dr Mahathir, ulang tahun ke-100 Tun Dr Siti Hasmah serta ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-70.


Catat 3 rekod sejarah

Dalam majlis tersebut, pasangan berkenaan menerima tiga rekod rasmi, iaitu:

  • Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup kepada Dr Mahathir oleh ASEAN Records.
  • Pasangan Bekas Perdana Menteri Tertua yang Masih Hidup kepada Dr Hasmah oleh ASEAN Records.
  • Pasangan bekas ketua kerajaan pertama yang kedua-duanya mencapai usia 100 tahun dan masih hidup oleh ASIA Records.

771468973 1640485390778648 7150238928336345169 N

Dr Mahathir genap 101 tahun pada 10 Julai lalu dan pernah memimpin Malaysia selama 24 tahun menerusi dua tempoh, iaitu dari 1981 hingga 2003 dan 2018 hingga 2020. Sementara itu, Dr Hasmah pula menyambut usia 100 tahun pada 12 Julai lalu.

Artikel berkaitan: 101 Tahun Tun Mahathir, Ini 7 Fakta Mengenai Beliau Yang Ramai Tak Tahu!

Artikel berkaitan: Dari Penuntut Perubatan Ke 70 Tahun Perkahwinan, Ini Kisah Cinta Abadi Tun M & Tun Hasmah

Kisah pasangan ini bermula sejak 1947 apabila mereka sama-sama menuntut dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine. Mereka kemudian berkahwin pada 1956 dan dikurniakan tujuh cahaya mata.

Sepanjang perjalanan itu, Dr Mahathir meneruskan kerjaya dalam politik sehingga menjadi Perdana Menteri, manakala Dr Hasmah turut banyak memainkan peranan dalam khidmat kepada negara.

Pasukan pengadil yang menjalankan proses pengesahan mendapati tiada pencapaian setara yang didokumentasikan secara terbuka di rantau ASEAN dan pasaran utama Asia.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.