Baru-baru ini pernah dilaporkan seorang gadis berumur 20 tahun telah hilang di Pasir Puteh, Kelantan. Dia dikatakan menunggang motosikal jenis SYM berwarna hitam dan merah pada jam 7 pagi dan tidak pulang sejak hari itu.
Selepas semingu menghilangkan diri, hari ini gadis berkenaan telah selamat dijumpai kira-kira 55km dari rumahnya. Yang menjadi ‘aneh’ sekarang ni, mereka jumpa gadis ini sedang bergayut pada akar pokok berhampiran tebing sungai, lapor Sinar Harian.
Difahamkan gadis yang bernama Hanis Syamimi Yusuff berumur 20 tahun itu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah disebabkan lapar dan kesejukan. Memang lah cuba kalau kita duduk kat sungai selama seminggu, memang kulit jadi kecutkan.
Kisah Misteri
Menurut Hanis, kehilangannya ini bertindak luar kawalannya. Dia mendengar seperti ada orang memanggil-manggil namanya.
Tanpa disedari, dia tiba-tiba berada di dalam sungai. Mungkin ketika itu dia cemas dihanyut sungai so dia capai je mana-mana dahan.
Apa lagi menyeramkan, tangki minyak motosikal yang dibawa Hanis itu penuh sedangkan Hanis keluar tanpa membawa duit.
Bawa motor sejauh 55km tapi minyak tak habis, memang misteri.
Sebelum ini usaha pencarian sudah dibuat bukan setakat polis sahaja, malah sepupunya turut meminta bantuan pekerja ladang dan warganet dalam pencarian Hanis.
Mujur ada yang terjumpa dengan motor yang dibawa, dari situlah mereka cari dan temui Hanis.
Walau bagaimanapun, Hanis dilaporkan akan menjalani pemeriksaan dahulu di Hospital Jertih sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Alhamdulillah, nasib baik tak ada apa-apa. Kalau dengar bunyi aneh-aneh lepas ni korang abaikan je.