“Ibu where are you, i miss you” – Gadis Temui Jalan Buntu, Dari Umur 12 Tahun Cari Ibu Yang Tak Pernah Dijumpai Semenjak Lahir

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Siapa yang tak sedih bila tak dapat bertemu dengan ibu kandung sendiri semenjak dari lahir?

Inilah yang dialami oleh seorang gadis apabila dia menemui jalan buntu dalam mencari ibunya yang tidak pernah dijumpai semenjak bayi lagi. Berikut apa yang dikongsikannya di Twitter.

 

“Saya tak tahu di mana dia, tapi siapa yang membaca post ni tolong doakan. Saya rindu ibu” 

Menurut gadis bernama Syuhada ni, dia tidak pernah bertemu dengan ibunya dan mengetahui wanita itu masih lagi hidup.

Semenjak dari lahir lagi, dia telah tinggal dengan datuk dan neneknya sebelah ayah. Malah bukan dia tak berusaha nak cari ibunya. Dari usia 12 tahun lagi dia dah mula mencari dan pada usia 15 tahun dia cuba mencari di media sosial.

 

“Anak mana yang tak rasa hampa bila dengar jawapan macam ni, Allah je tahu betapa kecewanya saya” 

Lebih menyedihkan, bila ditanya orang yang mengenali ibunya, mereka juga tiada jawapan dan memang tak tahu di mana ibunya berada.

Malah dia juga telah berusaha untuk mencari ibunya di JPN atas saranan orang ramai, namun jawapan pihak sana masih tidak memberangsangkan.

 

“Semoga dipermudahkan segala urusan mencari ibu…” 

Kasihan dengan nasib yang dihadapi Syuhada, rata-rata netizen mendoakan semoga dia bertemu dengan ibunya nanti. Haih sedihnya… 

Marilah kita sama-sama doakan. Share ramai-ramai mana tahu ada yang kenal dengan ibunya ni. 

Baca: “Hilang ayah saat jenazah ibu dimandikan” – Sedih! Enam Beradik Jadi Yatim Piatu, Paling Kecil Umur Sebulan

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twittet
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!