in

Pelik Bin Ajaib, Remaja Lahir Bayi Kembar Berlainan Bapa Di Brazil

Cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita terkejut apabila mendapati pasangan bayi kembar yang dilahirkannya adalah dari berlainan bapa. Difahamkan, wanita tersebut telah mengadakan hubungan intim bersama dua lelaki berbeza pada hari yang sama.


Remaja berusia 19 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu menjelaskan dia telah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada lelaki yang disangka bapa kandung kepada pasangan bayi kembar tersebut.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati keputusan hanya positif buat salah seorang bayi. Remaja perempuan itu kemudian menyatakan dia pernah melakukan hubungan intim dengan lelaki yang berbeza pada hari yang sama.

Selepas lelaki kedua melakukan ujian DNA, dia didapati merupakan bapa kandung kepada bayi kedua. Kejadian unik yang berlaku di Brazil ini dikenali sebagai heteroparental superfecundation.

Menurut salah seorang doktor yang merawat remaja berkenaan, Tulio Jorge Franco, kejadian seperti ini memang boleh terjadi, di mana dua telur daripada seorang ibu disenyawakan oleh dua lelaki yang berbeza.

Sambung Franco, kejadian seperti ini jarang berlaku dan kebarangkaliannya adalah satu dalam sejuta. Hanya 20 kes seperti ini sahaja yang pernah dilaporkan dari seluruh dunia.

Untuk rekod, kedua-dua bayi kembar tersebut kini telah berusia 16 bulan dan kedua-dua lelaki berkenaan membantu menjaga anak-anak mereka.

Pelik juga kes ni…

Kredit: Kosmo

BACA: Sehari 45 Kali Tukar Lampin, Ibu Kongsi Suka Duka Besarkan Bayi Kembar 9

Capture 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.