Sehari 45 Kali Tukar Lampin, Ibu Kongsi Suka Duka Besarkan Bayi Kembar 9

Tambah ke Sumber Pilihan
Sehari 45 Kali Tukar Lampin, Ibu Kongsi Suka Duka Besarkan Bayi Kembar 9

Tahun lalu, kisah seorang wanita yang melahirkan kembar sembilan pernah tular di media sosial. Kali ini, kisahnya tular kembali setelah dia berkongsi pengalamannya membesarkan kesemua bayi-bayinya itu.

Menurut Daily Mail, wanita yang dikenali sebagai Halima Cisse yang berasal dari Mali itu telah melahirkan bayi-bayi kembarnya itu di Maghribi.


Ini kerana pihak kerajaan telah menerbangkannya ke sana untuk mendapatkan rawatan yang terbaik ketika bersalin.

20 1Sumber: BBC

Bayi kembar sembilannya itu terdiri daripada lima bayi perempuan dan empat orang bayi lelaki.

Halima mendedahkan bahawa sepanjang tempoh setahun itu, dia perlu menukar lampin anak-anaknya sebanyak 45 kali dalam sehari!

Bukan itu sahaja, bayi-bayinya itu juga boleh menghabiskan 15 kilogram susu formula dalam masa seminggu.

Waktu tidur bayi-bayinya yang kini telah berusia 13 bulan itu juga berbeza-beza, jadinya kalau seorang tidur, seorang lagi akan bangun.

Suaminya iaitu Abdelkader pula menceritakan mereka cuba untuk bina rutin untuk bayi kembar mereka di mana pukul 10 pagi, bayi-bayi itu akan diletakkan di ruang tamu dan televisyen akan dipasang.

19 1Sumber: BBC

Ini kerana bayi-bayi kembar itu sukakan kartun, jadi mereka akan tenang serta tidak menangis atau meragam.

Buat masa ini, Halima turut dibantu oleh seorang jururawat untuk menjaga anak-anak kembarnya itu.

Memandangkan sembilan orang kembar tersebut telah pun mencecah umur setahun, ada yang dah pandai duduk dan ada yang dah pandai merangkak.

Pasangan suami isteri ini sememangnya tidak menyangka dengan anugerah ini kerana kesemua anak mereka juga membesar dengan sihat.

Memang tabik spring dekat mak si kembar ni, sebab kita nak jaga seorang bayi atau kembar dua pun dah pening kepala, apatah lagi sembilan orang macam ni. 

Sumber: Daily Mail, BBC 

Baca: “Ramai gila!”- Viral! Ibu 25 Tahun, Selamat Lahirkan Anak Kembar 9 

18 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Sehari 45 Kali Tukar Lampin, Ibu Kongsi Suka Duka Besarkan Bayi Kembar 9
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sehari-45-kali-tukar-lampin-ibu-kongsi-suka-duka-besarkan-bayi-kembar-9/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM