Sebuah pesawat penumpang telah terhempas di Sao Paulo, Brazil semalam. Nahas itu dipercayai telah mengorbankan 61 nyawa yang terdiri dari 57 penumpang dan 4 anak kapal.
Memetik laporan Harian Metro, pesawat itu dalam perjalanan dari bandar Cascavel di selatan Parana menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo sebelum terhempas di bandar Vinhedo.
Syarikat penerbangan domestik yang memiliki pesawat itu, Veopass mengesahkan kejadian itu. Walau bagaimanapun, punca pesawat itu terhempas ke atas rumah di kawasan kejiranan Capela de Vinhedo masih belum didedahkan dari Veopass.
Artikel berkaitan: Helikopter Jatuh Di Bali Gara-gara Tersangkut Tali Layang-layang
Artikel berkaitan: Bukan ‘Human Error’, Pesawat TLDM Terhempas Kerana Tidak Berada Pada Ketinggian Yang Ditetapkan
Dalam pada itu, Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva meminta semua hadirin bertafakur ketika menghadiri satu acara di Selatan Santa Catarina, Brazil sebagai tanda penghormatan kepada mangsa nahas itu.
Video nahas itu turut dikongsi di X oleh @mendymanno.