8 Penumpang Terkorban Dalam Nahas Belon Udara Panas Di Brazil

Tambah ke Sumber Pilihan
Belon Udara Panas

Tragedi menyayat hati melanda kawasan pelancongan popular di selatan Brazil apabila sebuah belon udara panas terbakar di ruang udara pantai Praia Grande, mengorbankan sekurang-kurangnya lapan nyawa daripada 21 penumpang yang berada di dalamnya.

Menurut Gabenor Santa Catarina, Jorginho Mello, seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan, namun masih belum diketahui keadaan sebenar mereka kerana sebahagian besar dirawat di hospital berdekatan.


Screenshot 2025 06 22 At 10.50.29 Am

Memetik laporan Harian Metro, rakaman video kejadian yang tular di media sosial memaparkan detik cemas apabila belon udara itu mula terbakar ketika berada di udara sebelum terjunam puluhan meter ke tanah.

Cuaca dilaporkan cerah pada waktu kejadian, menjadikan insiden ini lebih mengejutkan bagi ramai yang menyaksikannya.

Artikel berkaitan: Serpihan Pesawat Melayang Di Udara, 5 Sekeluarga Pelancong M*ut Dalam Nahas Helikopter Di New York

Artikel berkaitan: Penjaja Belon Yang Tular Baru-baru Ini Didakwa Ada 13 Rekod Jenayah Lampau

Menurut pihak berkuasa, api dipercayai tercetus akibat masalah pada penyumpit gas (blowtorch) yang digunakan untuk mengawal belon.

Juruterbang belon berusaha melakukan pendaratan kecemasan dan sempat mengarahkan penumpang untuk melompat keluar sebaik belon mendarat, namun sebahagian gagal berbuat demikian sebelum api marak dengan cepat.

Screenshot 2025 06 22 At 10.49.39 Am

Kejadian ini mencetuskan kebimbangan tentang tahap keselamatan aktiviti belon udara panas di Praia Grande, yang selama ini menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar tragedi yang meragut nyawa ini.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

8 Penumpang Terkorban Dalam Nahas Belon Udara Panas Di Brazil
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/8-penumpang-terkorban-dalam-nahas-belon-udara-panas-di-brazil/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM