in

Pelancong Tidak Perlu Kuarantin Untuk Ke Bali, Hanya Perlu Mohon Visa

Untitled Design 2022 03 07T172326.666

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira buat pelancong-pelancong yang ingin melancong ke Bali, Indonesia. Bermula 7 Mac, pelancong asing yang datang ke Bali tidak perlu lagi menjalani kuarantin


Pengumuman itu disampaikan secara langsung oleh Gabenor Bali, I Wayan Koster dan menurutnya keputusan itu dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Menteri Kesihatan, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Menteri Pengangkutan dan Ketua Pasukan Petugas COVID-19.

Hanya perlu mohon visa semasa ketibaan (VoA)

Menurut laporan Sindonews, selain pemansuhan kuarantin, mesyuarat juga bersetuju bahawa pelancong asing yang datang ke Bali sudah boleh menggunakan visa semasa ketibaan (VoA) bermula hari ini.

Pelancong asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali dan boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali.

VoA terpakai kepada pelancong asing dari 23 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia serta beberapa lagi negara lain.

Koster percaya dengan pemansuhan kuarantin dan pelaksanaan VoA, kedatangan pelancong asing ke Bali akan meningkat dan tambahnya lagi, langkah itu dijangka bakal menjadikan sektor pelancongan Bali kembali aktif selepas dilanda pandemik Covid-19 sejak 2020.

 

Baca: Tips ‘Travel Jimat’ Semasa Pandemik Yang Ramai Tak Tahu

Untitled Design 2022 03 07T171809.871

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.