in

Pelancong Mengadu KL Tak Best Sebab Penduduk Pandai Cakap English!

Page 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang seringkali menjadi tarikan pelancong. Walaupun ianya merupakan bandar yang hingar bingar, tapi ramai yang menyukai tempat-tempat menarik yang ada sekitar KL.


E 1
gambar hiasan
Bukit Bintang Kuala Lumpur 15
gambar hiasan

Namun, menurut pengguna Twitter, Nadiah Rosli, dia mengatakan terdengar perbualan pelancong asing yang komplen dengan keadaan di KL yang sangat sibuk dan pesat membangun serta penuh dengan bangunan yang tinggi. Kata bandar. Memanglah macam tu.

N1
sumber: twitter

Bukan tu je, pelancong yang sama siap mengatakan bahawa mereka lebih suka negara Asia yang lain di mana budak-budak happy je main dekat kawasan pedalaman sekaligus membuatkan mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada. Amboi!

Tak cukup dengan tu guys, Nadiah pun mengatakan bahawa pelancong tersebut siap kutuk yang Malaysia ni tak ‘authentic‘ macam negara lain yang dorang pernah kunjungi. 

Nak tau kenapa dorang kata kita tak authentic? Semuanya sebab katanya penduduk dekat KL ni semuanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Are you kidding me? Gitewww…

N2
sumber: twitter

Oi, siapa tak marah kan? Orang ramai yang baca tweet ni semuanya benganglah. Ye lah, kalau nak suasana pedalaman, pergi lah negeri lain selain BANDAR KL. Betul tak?

“Bila dorang pergi negara yang tak cakap Bahasa Inggeris, dorang jugak yang akan komplen.”

“Kalau dah pergi bandar, memang boleh jangkalah akan busy.”

“Kenapa pilih nak melawat KL. Dorang patut pergi Penang atau Melaka.”

Apa pendapat korang? Bengang tak dengan pelancong yang macam ni?

Baca: Imigresen Malaysia: ‘Neraka’ Buat Pelancong Terkandas

Page Ssg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.