in

Pelancong Asing Tertarik Lihat Kanak-Kanak Cambodia Belajar 10 Bahasa Demi Jual Cenderamata

Pandainya Kamu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pelancong Asing Tertarik Lihat Kanak-Kanak Cambodia Belajar 10 Bahasa Demi Jual Cenderamata
Loading
/

Bukan senang kan nak belajar bahasa asing? Sedang Bahasa Inggeris pun korang masih salah grammar, apatah lagi nak belajar bahasa Perancis, Thai, Korea, Japan dan lain-lain tu. Mau terbelit lidah! 

Tapi baru-baru ni, dua kanak-kanak dari Cambodia (Kemboja) viral di media sosial lepas seorang pelancong dari Malaysia bernama Venus GWC share kisah menarik budak-budak ni di Facebook.


 

Bertemu gadis berusia 7 tahun yang pandai menyanyi lagu dalam Tik Tok 

Menurut Venus, minggu lepas dia telah berkunjung ke Siam Reap, Cambodia dan melawat kuil Ta Prohm di Angkor Wat. Dia situ dia telah bertemu dua orang budak istimewa dengan macam-macam kebolehan yang menakjubkan.

“(Budak) pertama merupakan Lisa, dia berusia 7 tahun dan menjual seruling bersendirian. Saya dekati dia dan bercakap dengannya. Dia beritahu yang dia pandai menyanyi sebuah lagu kucing terkenal di aplikasi Tik Tok. Kami rakam video dan bergembira,” ceritanya.

45657082 10156393215013101 7141254608529129472 N
sumber: facebook

 

Saya terkejut bila dapat tahu budak ni boleh cakap lebih daripada 10 bahasa” 

Namun budak kedua yang dijumpai Venus lepas itu mempunyai kelebihan yang sangat membanggakan.

“Apa yang buat saya terkejut ialah budak lelaki ini sangat berbakat, dia boleh bertutur dalam lebih 10 bahasa. 

“Dia bercakap dengan saya dalam Kantonis pada mulanya, kemudian dia beritahu berapa banyak bahasa yang dia boleh tuturkan. Dia memang WOW habislah!” puji Venus.

45734190 10156393229683101 4600923788161318912 N
sumber: facebook

Dalam video tersebut, budak lelaki itu menunjukkan bakatnya bercakap dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan Bahasa Melayu. Bila ditanya dari mana dia belajar semua bahasa ini, budak tu cakap dia hanya belajar dari pelancong yang datang ke situ.  Hebatlah dik! 

Ini senarai bahasa yang difahami budak lelaki tersebut:

  • Kantonis
  • Mandarin
  • Thai
  • Jepun
  • Korea
  • Perancis
  • Sepanyol
  • German
  • Tagalog
  • Bahasa Melayu

 

Netizen bersimpati dengan nasib budak tersebut

Rata-rata netizen mengikuti posting tersebut meluahkan rasa teruja dan pada masa yang sama simpati dengan kehidupan budak-budak tersebut. Mereka ini terpaksa mempelajari pelbagai bahasa demi mencari sumber rezeki.

Tak cukup dengan tu, ada juga di kalangan netizen yang mengaku mereka pernah bertemu dengan kanak-kanak ni dua tahun lepas dan rupanya si bapa hanya bekerja sebagai pelukis untuk pelancong demi menampung kehidupan seharian.

Budak 1
sumber: facebook
45780906 10156393226628101 6318070756987109376 N
sumber: facebook

Harap-harap kelebihan kanak-kanak ini menjadi sesuatu berguna untuknya di masa depan. Kagum dengan kegigihan budak-budak ni cari rezeki. 

Baca: Cikgu Baik Hati Belikan 55 Pasang Kasut Bata Di Gombak Untuk Murid Miskin Sampai Kedai Tutup

Bata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.