Pelakon Hollywood Dipenjara 20 Tahun, Kantoi ‘Scam’ Mangsa Sehingga RM2.7 Bilion

Tambah ke Sumber Pilihan
Pelakon Hollywood Dipenjara 20 Tahun, Kantoi ‘Scam’ Mangsa Sehingga RM2.7 Bilion

Pernah tak dengar tentang Ponzi Scheme? Ia merupakan skim pelaburan yang agak sama seperti skim cepat kaya dan ramai yang pernah ‘terkena’ dengan skim ini.

Zachary Horwitz atau nama pentasnya Zach Avery merupakan seorang pelakon suam-suam kuku yang mengaku mengendalikan skim Ponzi berjuta-juta dolar dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.


1 7Vhe3Zipdhoeyn Asr2J8A 1Sumber: IMDB

Jabatan Kehakiman menyatakan pelakon Hollywood itu telah mengumpulkan sekurang-kurangnya USD $650 juta (RM2.7 bilion) dengan membuat kontrak dan menyatakan bahawa wang pelabur akan digunakan untuk memperoleh hak pelesenan untuk filem yang dikatakan telah dipersetujui oleh HBO dan Netflix untuk diedarkan ke luar negara.

Hidup serba mewah!

Zachary juga dituduh memasukkan sejumlah wang itu ke dalam akaun peribadinya dan menggunakan wang itu untuk membeli kediaman mewah peribadi, melancong ke Las Vegas dan menaiki jet peribadi.

Dalam laporan Fox News, Zachary telah melakukan penipuan selama lebih tujuh tahun, Zachary meneruskan skim itu dengan menggunakan wang pelabur baharu untuk membayar balik pelabur lama.

Zach AverySumber: JoeUK

Lebih ironik lagi, daripada 200 pelabur yang menjadi mangsanya itu termasuk juga tiga rakan kolej terdekat Horwitz dan ahli keluarga mereka dan selain hukuman penjara 20 tahun, Hakim Mark Scarsito memerintahkan Horwitz membayar balik AS$230 juta kepada mangsa-mangsanya.

Sebagai info, Zachary pernah memegang watak kecil dalam filem Hollywood seperti Fury dan Clarity.

Fuh, bukan biasa-biasa ni!

Baca:Wanita Guna Duit Simpanan Suami Sebagai Pemandu Lori, Kena Scam Lebih RM20,000 Dengan ‘Jejaka’ FB

Untitled Design 34

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pelakon Hollywood Dipenjara 20 Tahun, Kantoi ‘Scam’ Mangsa Sehingga RM2.7 Bilion
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pelakon-hollywood-dipenjara-20-tahun-kantoi-scam-mangsa-sehingga-rm2-7-bilion/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM