in

Wanita Guna Duit Simpanan Suami Sebagai Pemandu Lori, Kena Scam Lebih RM20,000 Dengan ‘Jejaka’ FB

Ft Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi kes terpedaya dengan Parcel Scam dan kali ini seorang suri rumah warga Thailand dilaporkan kerugian lebih RM20,000. Menurut Berita Harian, wanita berusia 53 tahun itu telah terjerat dengan kata-kata manis seorang ‘jejaka’ yang dikenalinya di Facebook.


Fb

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita tersebut mula berkenalan dengan scammer tersebut pada 12 Disember lepas menerusia FB Messenger.

Selepas beberapa hari berkenalan, wanita itu teruja apabila lelaki terbabit memberitahu bahawa dia mahu menghantar hadiah wang tunai dalam mata wang Amerika Syarikat.”

Mangsa kemudian menerima panggilan daripada individu mendakwa wakil syarikat kurier yang mahu menghantar bungkusan hadiah itu tetapi dia perlu membuat bayaran pelepasan cukai terlebih dahulu.”

Wanita itu langsung tidak mengesyaki apa-apa dan dengan pantas membuat transaksi wang ke dalam akaun yang diberikan ‘jejaka’ berkenaan. Difahamkan, dia telah menggunakan wang simpanan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori untuk membuat bayaran tersebut.

Transfer

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa yang sudah tidak sabar menerima hadiah itu membuat tujuh transaksi dari 19 hingga 20 Disember ke dalam akaun yang diberikan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM21,630.”

Selepas diminta untuk membuat beberapa lagi bayaran tambahan, barulah wanita itu sedar dia sebenarnya telah pun ditipu. Laporan polis telah dibuat semalam dan kes kini dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

Baca: “Lagi-lagi kes scammer” – Peniaga Wanita Kerugian RM62 Ribu Ditipu Individu Dalam ‘Game Online’

Baca Scam Betul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.