Pernah Sertai Bisnes MLM, Gadis Cerita Pengalaman & Minta Anak Muda Elakkan

Tambah ke Sumber Pilihan
Pernah Sertai Bisnes MLM, Gadis Cerita Pengalaman & Minta Anak Muda Elakkan

Walaupun isu mengenai bisnes skim Multilevel-Marketing (MLM) telah diketahui sejak dahulu, ramai juga anak muda yang terpancing dengan kemewahan beberapa individu yang selalu menunjuk-nunjuk wang tunai serta barangan mewah yang mereka miliki.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, seorang gadis menceritakan kisahnya yang pernah menyertai skim seperti itu dua tahun yang lalu.


Pernah ada income RM15 ribu

Seperti yang kita sedia maklum, skim MLM ini akan memperkenalkan bisnes mereka kepada orang ramai namun tidak pasti produk ataupun servis apa yang mereka jual. Jika ada yang ingin menyertai bisnes tersebut, mereka akan menyuruh orang itu membayar sejumlah wang sebagai modal.

Artikel berkaitan:“Mereka bisnes 2 in 1” – Lelaki Dedah Aktiviti ‘Dark Side’ Pakej Dibayar Serendah RM35

Artikel berkaitan: Owner Premis Cuba ‘Sailan’ Bisnes Cafe, Tapi Cara Peniaga Ini ‘Pulangkan’ Kedai Buat Netizen Kagum

Menerusi video yang dikongsi oleh @nanan4nurrr, dia pernah menjana pendapatan sebanyak RM15 ribu namun mula berasa pelik ketika menghadiri satu program yang diadakan di salah sebuah hotel.

Diaorang buat cabutan bertuah, macam-macam ada. Handphone, Ipad semua. So, leader-leader ni kena kumpul duit, kena bagi kat seorang leader ni.. orang ataslah.. kumpul untuk nak belilah, kan? So, mestilah ada yang tak bayar sebab mahal. Modal nak pergi event pun RM600, beli baju semualah.

Rasa pelik dengan cabutan bertuah

Program tersebut berjalan dengan lancar tetapi dia tidak tahu ke mana hasil cabutan bertuah tersebut. Bermula itu, dia berasa pelik dengan bisnes MLM yang disertai.

Tapi, part lucky draw tu.. sampai ke sudah takde, duit tu gone, hilang! So, daripada situ I rasa sangat pelik dengan bisnes ni. MLM ni tak salah tau, nak kata skim piramid sebenarnya tak.. tapi, dia punya surrounding tu, ada sedikit yang pelik.

Kalau nak push Elite, push lah. Tapi suruh dia guna duit sendirilah. Tak payah nak suruh dia berhutang dengan orang. Been there, done that!

Katanya, dia juga salah seorang individu yang terpaksa meminjam wang dengan orang lain namun telah pun melunaskan hutang-hutang sebelum ini.

Alasannya, dengan nilah kita akan rasa lebih semangat nak buat bisnes ni. Oh, leader kau sedap-sedap dapat makan duit.. pastu bila team kau tak berjalan macam mana? Kau ke nak bayar?

Walau bagaimanapun, cara segelintir individu mempromosi bisnes MLM dengan cara membuat content sedih di media sosial. Dia juga menasihati supaya bisnes seperti itu tidak melakukan content ‘sampah’ bagi mengelakkan sangkaan buruk daripada orang ramai.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen menceritakan pengalaman mereka menyertai skim seperti itu.

Mlm 1 Mlm 2 Mlm 3

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pernah Sertai Bisnes MLM, Gadis Cerita Pengalaman & Minta Anak Muda Elakkan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pernah-sertai-bisnes-mlm-gadis-cerita-pengalaman-minta-anak-muda-elakkan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM