in

Pelajaran Agama Anak Terabai Ke Kalau Hantar Sekolah Cina?

Page Sekolah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang ibu dan bapa, pastinya mereka dah plan masa depan anak bukan je dari segi kewangan malah pendidikan anak-anak juga akan diteliti bagi menjamin masa depan.


Di Malaysia, ada banyak sekolah yang boleh dipilih untuk menghantar anak-anak dari sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah private. Masing-masing pun mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Kini, menghantar anak ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina lebih menjadi pilihan ibu bapa sebab antara kelebihannya ialah anak dapat memahirkan diri dalam bahasa Mandarin. Seorang ibu telah memberikan penjelasan mengenai perkara ini di Facebook dan menyatakan kelebihan menghantar anak-anak di sekolah Cina.

Sjkc Chong Cheng
gambar hiasan

Susylawati Faizol berpendapat bahawa sekolah cina ini merupakan sekolah yang best antaranya sebab pemakaian pelajar. Di sekolah Cina, hanya pada hari Isnin je kena pakai uniform sekolah sementara hari-hari lain pelajar boleh memakai baju sukan sekaligus menjadikan kerja ibu-ibu lebih mudah.

Yt
sumber: facebook

Bukan itu je, katanya konsep sekolah Cina ialah belajar dan main. Kiranya macam work hard, play hard lah ni. Katanya,

“Kasut sekolah baru dua hari dah macam belacan.”

Sebagai seorang Islam, pastinya yang menjadi kerisauan ialah sama ada pendidikan dan pengajaran agama Islam diajar kepada anak-anak dengan baik. Berdasarkan penjelasan Susylawati, ibu bapa lain tak perlu risau mengenai hal ni. Katanya,

“Ada belajar agama Islam. Siap waktu agama masuk belajar dekat surau lagi. Bulan puasa ada sesi khatam al-Quran.”

Orang ramai yang terbaca entri Susylawati turut bersetuju dengannya dan menyatakan perbezaan antara anak yang dihantar di sekolah kebangsaan dengan sekolah Cina.

Cats 2
sumber: facebook

Kalau korang macam mana? Nak tak hantar anak ke sekolah Cina. Cuba korang bincangkan.

Baca: “Bertuah sungguh anak-anak murid ni” – Penyediaan Makanan RMT Yang Unik di Sekolah Ini Dipuji Netizen

Rmtmakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.