in

Pelajar Tingkatan 1 Racun Rakan Sekelas Dengan Racun Lipas Kerana Tidak Tahan Dibuli

Poison 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing. Bagi seorang pelajar di Sarawak ini, dia telah melakukan sesuatu di luar jangkaan kerana sudah tidak dapat menahan sabar dalam dirinya.


Menurut Mstar, seorang pelajar tingkatan satu telah ditahan polis kerana didakwa meletak racun lipas pada makanan sahabatnya pada Khamis tempoh hari.

Form 1 Boy Arrested For Mixing Noodles With Poison And Serving To Schoolmate World Of Buzz
sumber: wob

Pelajar tersebut dilaporkan telah ditahan oleh pasukan polis Sarawak di kediamannya yang terletak di Sri Aman pada jam 2.30 pagi.

Mangsa yang juga berusia 13 tahun itu merupakan rakan sekolah suspek yang dipercayai diberi sepaket mi yang telah diletakkan racun tersebut.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata,

Siasatan awal mendapati suspek membawa bekas berisi mi dan memberinya kepada mangsa, sebelum mangsa mulai muntah dan dibawa ke hospital.”

Aduh beraninya sampai nak meracun rakan! 

Stingy Malaysian Bf Asks Girlfriend To Pay Rm1 50 For Additional Noodles Gets Dumped World Of Buzz
sumber: wob

Mangsa telah dihantar ke Hospital Sri Aman oleh staf sekolah apabila dia mula muntah dengan teruk sekali. Setakat ini mangsa masih dirawat di hospital tersebut.

Selepas melihat mangsa dikejarkan ke hospital, suspek yang panik dengan apa yang terjadi melarikan diri dari sekolah.

Dalam pada itu, bapa kepada mangsa telah membuat laporan polis di balai berdekatan apabila dia diberitahu pihak sekolah akan kejadian yang menimpa anaknya.

Sungguhpun kanak-kanak tersebut telah melarikan diri, pihak polis berjaya menjejaki rumahnya dan menahan suspek. Pihak polis juga telah merampas sekotak racun lipas semasa penahanan tersebut.

Poison 1
sumber: wob

Walau bagaimanapun, pada jam 5 petang tadi, datuk kepada suspek telah hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Aman mendakwa tindakan cucunya itu adalah tindak balas terhadap perbuatan mangsa terhadap suspek, lapor BH Online.

Menurutnya, suspek berbuat demikian kerana tidak tahan dibuli oleh mangsa dan suspek dikatakan sering meminta wang dan makanan dari cucunya itu.

Melalui laporan tersebut, pihak polis akan menjalankan siasatan sama ada ia mempunyai kaitan atau tidak dengan kejadian keracunan makanan yang dilakukan suspek.

Berikutan kes ini tular di media sosial, pandangan netizen dilihat berbelah bahagi. Ada yang percaya pelajar tersebut memang berniat untuk membunuh sahabatnya. Malah ada pula yang percaya ia salah satu dari prank yang tak sepatutnya dilakukan.

“Ia memang jelas budak tersebut berniat untuk meracun kerana siapa yang dengan sengaja sanggup meletak racun ke dalam makanan dan dengan sendirinya memberi makanan tersebut kepada mangsa?” 

“Mungkin dia sedang bergurau tetapi tak sangka perkara berubah jadi begini teruk pula. Sebab itulah dia melarikan diri,” kata seorang netizen. 

Walau apapun yang berlaku, diharapkan mangsa selamat dari segala bahaya. 

Baca: Wanita Meninggal Dunia Selepas Telan Pil Ekstasi Logo ‘Like’ Facebook di Johor Bahru

Fb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.