in

Pelajar Depresi Tembak Diri Dalam Tandas

Subang Jaya Student Steals A Handgun And Shot Himself To Death In College Toilet World Of Buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni kita pernah dengar pasal seorang pelajar cemerlang terjun bangunan kerana depresi, kali ini ada seorang lagi pelajar kolej swasta tempatan membuat keputusan untuk meragut nyawa sendiri.


Menurut WORLD OF BUZZ, pelajar tersebut telah menembak dirinya sehingga mati semalam. Insiden mengejutkan ini dipercayai berlaku di Subang Jaya, Selangor. Pelajar tersebut dikatakan seorang ahli kelab menembak dan menghadiri latihan menembak dua jam sebelum kejadian malang itu.

Shooting Ranges Utah
sumber: wob

Pelajar berkenaan juga dikatakan telah bertindak mencuri pistol dari bilik kelab tersebut sewaktu tiada orang di kawasan itu. Pihak pengurusan kelab segera membuat laporan polis berkenaan hal tersebut sejurus menyedari ada pistol yang hilang dari inventori.

Pun begitu, laporan yang dibuat ternyata sudah terlambat kerana pistol itu telahpun digunakan oleh pelajar tersebut untuk mencederakan diri sendiri. Pada jam 5:56 petang, pelajar tersebut dipercayai mengunci dirinya dalam tandas dan menembak diri sendiri.

594854 01 Walther P22 22Lr Handgun Pisto 640
sumber: wob

Polis Daerah Subang Jaya memberitahu bahawa pekerja di kolej tersebut mendapati terdapat satu tandas yang terkunci dari dalam. Apabila pintu tandas dibuka, mayat pelajar tersebut terbaring dipenuhi darah dengan satu pistol di sebelahnya.

Siasatan mendapati bahawa pelajar tersebut sudahpun menyertai kelab menembak sejak 2015 dan sepucuk pistol Walther telah dicuri selepas latihan berakhir. Pihak kolej mendedahkan bahawa pelajar tersebut sudah 10 bulan belajar di situ. Bapa pelajar pula memaklumkan anaknya sudah lebih setahun menderita depresi.

Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Jangan ambil remeh masalah depresi ni. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian.

Baca: Pelajar Straight A SPM Bunuh Diri Terjun Bangunan Kerana Depresi

Sasasaas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.