in

Pelajar British di Johor Sanggup Malukan Diri Demi Kumpul Wang Balik Kampung

Pic 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau rakyat Malaysia bekerjasama kumpul duit dengan fikir pelbagai inisiatif macam #PulangMengundi untuk membolehkan kita semua balik mengundi 9 Mei nanti, lain pula caranya seorang pelajar di Johor nak kumpul duit.


Cuba korang baca apa cara dia, rasa-rasanya patut ke buat macam ni eh?

Pelajar warga Britain bernama Charlotte Duff ni terdesak nak kumpul duit untuk balik ke kampung halaman dia di Newcastle. Katanya dia sanggup buat macam-macam perkara yang memalukan diri sendiri dan makan pelbagai makanan menjijikkan demi nak kumpul duit.

Ee
sumber: the malay mail

Perlu kumpul wang hampir RM4000

Jumlah yang Duff perlukan adalah lebih kurang £692 (lebih kurang RM3,823) untuk bayar harga tiket balik ke Newcastle. Demi nak dapatkan duit sebanyak tu, Duff lancarkan satu page kat laman sosial yang dipanggil JustGiving.

“Saya nak kumpul duit untuk bayar tiket balik kampung dan buat surprise kat keluarga dan kawan-kawan sebelum saya ambil peperiksaan kat Malaysia,” kata Duff.

Kat page ni nanti korang yang berniat nak tolong Duff boleh dermakan seberapa banyak sumbangan ikhlas atas kemampuan masing-masing. Untuk galakkan orang ramai dermakan duit kat dia, Duff ada list kan beberapa cabaran yang dia akan buat if dia dapat certain amount of money.

30652300 10215963683029489 5681542580651687936 N
sumber: blog

Senarai cabaran yang akan dilakukan

Selain nak dapatkan sumbangan, Duff juga harap dia dapat hiburkan orang ramai dengan cabaran-cabaran yang akan dia buat tu. Senarai cabaran tu ikut jumlah sumbangan yang Duff akan terima dan antaranya adalah:

  1. Kalau dapat RM400, Duff akan lukis monobrow kat muka dia dan serang orang lain guna pen Sharpie
  2. Kalau dapat RM700, Duff akan pakai stokin dengan flip flops selama seminggu
  3. Kalau dapat RM1000, Duff akan makan siput Malaysia
  4. Kalau dapat RM1250, Duff akan cover seluruh badan dia dengan tatu
  5. Kalau dapat RM1400, Duff akan makan sepinggan rumput depan semua orang waktu kuliah
  6. Kalau dapat RM1500, Duff akan makan kepala ikan
  7. Kalau dapat RM1650, Duff akan pakai helmet buat dengan kulit tembikai dan pakai kat universiti
  8. Kalau dapat RM2200, Duff akan pecahkan telur mentah atas kepala dan jalan macam tu sepanjang hari
  9. Kalau dapat RM2500, Duff akan minum vodka guna stokin busuk
  10. Kalau dapat RM3000, Duff akan buat nuclear fire noodle challenge
  11. Kalau berjaya kumpul semua RM3823, sesiapa yang dermakan wang kat dia boleh conteng muka Duff dengan henna dan gadis ni janji nak pakai baju sumo sepanjang 12 jam lebih penerbangan pulang
Qq 2
sumber: the sun
Ww
sumber: the sun

Setakat ni Duff dah berjaya kumpul RM1700. Wah dahsyatnya! Macam-macam dia sanggup buat demi nak balik kampung ye. Semoga Duff terima sumbangan yang secukupnya tak lama lagi!

Korang rasa bagus ke cara dia ni? Ke ada cara lain yang lebih elok? Cuba share sikit kat ruangan komen.

Baca: Gadis Sanggup Cabut Bulu Ketiak Secara ‘Live’ Untuk Lariskan Jualan Produk

Ketiak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.