in

Sampai Bila Mentaliti Rakyat Kita di Takuk Ini?

Page Baju K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak dekat raya ni mesti ramai yang pergi shopping last minute kan? Excited macam mana pun nak membeli belah, make sure adab still jaga tau!


Baru-baru ni, Inazeyy berkongsi gambar keadaan yang berlaku di bahagian kasut di sebuah kedai berjenama di One Utama. Gambar tersebut terus mendapat perhatian sebabnya ia menggambarkan mentaliti rakyat kita yang masih di takuk ni.

Gambar dikongsi di Twitter tu menunjukkan kasut berterabur kerana pelanggan tidak meletakkan semula kasut yang dicuba di tempat asal di kedai H&M.

Kasut
sumber: twitter

Melalui komen, ramai yang tak setuju dan mengutuk perbuatan para gegadis yang bertanggungjawab buat sepah tu. Inazeyy turut merasakan simpati melihat staf di situ tepaksa duduk di atas lantai bagi menyusun semula kasut-kasut tersebut.

Mereka yang melihat tweet ini turut mengutuk mentaliti rakyat yang membeli belah kedai berjenama tapi berperangai teruk berbanding mereka yang membeli di pasar malam.

6Y
sumber: twitter

Mengejutkan bila seorang individu turut berkongsi pengalamannya sebagai pekerja di H&M empat tahun yang lalu. Katanya dia sendiri jumpa dengan pelanggan bermentaliti kelas rendah yang mempunyai perangai seperti cuba baju dengan banyak tapi tak beli.

G1 1
sumber: twitter

Ada juga yang turut berkongsi mengatakan kedai H&M di Avenue K juga menghadapi keadaan yang sama namun katanya pelanggan berperangai sebegitu adalah bukan warganegara Malaysia.

G2
sumber: twitter

Bukan tu je, ada juga yang terdengar perbualan pelanggan di sebuah kasut di ECM yang sengaja membiarkan kasut bersepah untuk dikemas pekerja di situ. Tak kurang juga pekerja yang dilayan dengan cara tak beradab. Kalau macam ni lah perangai rakyat Malaysia, bila nak maju?

Cats 1
sumber: twitter

Semestinya golongan yang macam ni memang tak ada adab dan ada low-class mentaliti. Mereka perlulah ada kesedaran supaya perkara macam ni tak diulangi lagi. Malulah macam ni. Have some class, people!

Biar miskin duit asalkan kaya dengan adab. 

Baca: Kenapa buang? Membazir!” – Aktivis Kongsi Pengalaman Bantu Keluarga Miskin Yang Boros

Syed Azmi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.