in

Pekerja Stesen Minyak di Muar Risikokan Diri Lawan Tiga Perompak Bersenjatakan Parang!

Pagewqw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden kecurian yang berlaku di stesen minyak sudah lali kita dengar saban hari. Kes-kes seperti ini selalunya menyaksikan individu mencuri barangan berharga seperti wang tunai lalu segera meninggalkan tempat kejadian. Pun begitu, kes kecurian yang berlaku di stesen minyak ini agak berbeza kerana perompak tidak dapat meninggalkan tempat kejadian dengan segera.

Menurut WORLD OF BUZZ, sebuah rakaman CCTV telah menunjukkan tiga orang perompak bersenjatakan parang cuba untuk merompak di sebuah stesen minyak yang beroperasi selama 24 jam di Muar, Johor. Dalam rakaman CCTV tersebut, perompak berkenaan dilihat cuba melarikan diri selepas mencuri sebuah motosikal.


P6 1
sumber: youtube

Sewaktu cuba untuk melarikan motor tersebut, seorang lelaki dilihat berlari dengan begitu pantas menuju ke arah perompak tersebut dan cuba menarik mereka  turun daripada motor tetapi gagal. Lelaki yang dikenal pasti sebagai juruwang stesen minyak bernama Ahmad Ainul Muqaffa itu kemudiannya dilihat bergelut dengan seorang lagi perompak.

“Mereka cuba melarikan motosikal saya sambil mengacu parang serta memberi amaran dan meminta kami tidak bertindak apa-apa.”

P2 1
sumber: youtube

Menyedari motor miliknya sedang cuba dicuri, Ainul yang tidak memiliki sebarang senjata nekad untuk menghalang seorang lagi perompak yang bersenjatakan parang sepanjang 20 sentimeter! Ainul yang ketika itu bersama seorang pengawal keselamatan dilihat bergelut dengan perompak bersenjatakan parang tersebut menggunakan kerusi lipat dan tong sampah.

“Salah seorang penjenayah turut masuk ke bahagian dalam stesen minyak tetapi tidak mengambil apa-apa kecuali motosikal saya jenis Yamaha 125Z yang diletakkan di hadapan.”

P3 1
sumber: youtube

Akibat pergelutan yang berlaku di stesen minyak di Jalan Sulaiman tersebut, lelaki berkenaan cedera di bahu dan tangan ketika cuba melawan tiga perompak dalam kejadian jam 3:45 pagi itu. Ainul menerima lima jahitan di bahu kiri dan tiga jahitan di tangan kirinya akibat terkena libasan parang salah seorang perompak.

P5 1
sumber: utusan

Pihak polis yang kini giat melakukan penyiasatan memaklumkan bahawa perompak tersebut mungkin terlibat dalam beberapa kes yang sama sebelum ini. Stesen minyak tersebut tidak mengalami sebarang kerugian, namun motor milik pekerja stesen minyak itu khabarnya berharga RM10,000!

Harap-harap majikan dapat berikan habuan yang setimpal dengan keberanian pekerja ini. Sentiasa berhati-hati di mana jua kita berada kerana bahaya tidak kenal masa dan tempat.

Baca: Lelaki Ambil Risiko Pecah Cermin Kereta Guna Tangan Demi Selamatkan Mangsa Kemalangan

Bsisihs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.