in

Pekerja Kurier & Penghantar Makanan Akan Mula Terima Vaksin Mulai Julai – KJ

Ft Vaksinrider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kakitangan kurier serta pekerja penghantar makanan akan mula menerima vaksin pada bulan depan.


Katanya, perkata tersebut telah dimuktamadkan menerusi perbincangannya bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, lapor MalaysiaGazette.

Rider2

Terdahulu, beliau telah diminta untuk mengulas tentang kebimbangan pekerja kurier menjadi pembawa virus Covid-19 kerana bekerja dalam situasi yang terdedah dengan penularan wabak itu.

Kita telah setuju untuk mula memberi vaksin kepada kakitangan kurier dan penghantar-penghantar makanan bermula Julai ini.”

Parcel

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) juga turut memaklumkan status penggunaan vaksin Pfizer kepada remaja akan diumumkan pada Khamis ini.

Sebelum ini, pada 18 Jun lepas beliau telah memaklumkan bahawa vaksin akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah meluluskan pengunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi individu berusia 12 tahun ke atas.

Baca: Pelajar Tingkatan 5 & 6 Akan Terima Suntikan Vaksin Pfizer Bermula Julai Ini – KJ

Vaksin Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.