Hanya kerana berkongsikan video di Tik Tok, sebuah kilang tenusu di Turki terpaksa menerima padah apabila diarahkan untuk ditutup.
Video berdurasi 11 saat itu mula tular di laman sosial Twitter pada 5 November apabila dikongsikan oleh sebuah akaun yang dikenali sebagai Neden.
Berdasarkan perkongsian itu, seorang lelaki dilihat sedang mandi di dalam bekas besar seolah-olah sedang berada dalam tab mandi.
Lelaki itu juga dilihat menyiram badannya dengan air yang berwarna putih seperti susu.
Bir süt fabrikasında çekilen ve Tiktok'ta paylaşılan 'süt banyosu' videosu.
Fabrikanın 'Konya'da olduğu' iddia ediliyor. pic.twitter.com/erkXhlX0yM
— Neden TT oldu? (@nedenttoldu) November 5, 2020
Video yang dimuat naik oleh rakannya di aplikasi TikTok mula tular hingga tersebar ke beberapa aplikasi yang lain.
Perkara itu tentunya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya ingin tahu jenama susu keluaran kilang itu.
Tak sanggup min nak minum air bekas mandi orang!
Pihak kilang bagaimanapun pantas menjelaskan keadaan sebenar di mana air yang digunakan oleh lelaki itu adalah campuran air serta cecair pembersih dan bukannya seperti apa yang netizen sangkakan.
Walaubagaimanapun, penjelasan itu tidak dapat menyelamatkan kilang tersebut dari dikenakan sebarang tindakan.
Kilang tenusu itu diarahkan untuk ditutup serta beberapa barangan dirampas kerana dipercayai beroperasi dalam keadaan yang membahayakan kesihatan orang ramai.
Kedua-dua pekerja yang terlibat telah diberhentikan kerana dilihat mempunyai tujuan untuk mencemarkan nama baik syarikat.
Mungkin dia buat atas dasar suka-suka, tapi janganlah sampai mencemarkan nama sesiapa. Lain kali fikir la dahulu sebelum buat…
Baca : Gli, Kucing Penjaga Hagia Sofia Meninggal Pada Usia 16 Tahun