in

Pekerja Kedai di Sunway Velocity Tuduh Pelanggan Mencuri, Panggil Ibu ‘BODOH’

Sunwa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pusat membeli belah semestinya pilihan ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, outing sebuah keluarga di sebuah pusat membeli belah di Cheras baru-baru ini spoiled apabila dia dituduh mencuri.


Andrew Ho meluangkan masa bersama keluarganya di Sunway Velocity Mall untuk melihat barangan di sebuah kedai bernama Domesky pada 9 Mei lalu. Mereka kemudian keluar daripada kedai tersebut untuk makan malam.

Sunwat
sumber: hotels. Com

Selepas makan malam, mereka datang semula ke kedai tersebut dan ketika itulah bermulanya segala isu yang dikongsikan Andrew di Facebook.

“Dua pekerja mula mengikuti kami dan memanggil polis bantuan.”

“Polis bantuan itu tangkap kami di hadapan Vincci dan dua pekerja itu membuat kekecohan menuduh kami mencuri, walhal kami tidak berbuat sebegitu. Polis bantuan kemudian bawa kami ke bilik kawalan dan menyoal kami apabila polis sebenar tiba.”

Lebih melecehkan adalah apabila bilik kawalan itu terletak di satu lagi bahagian pusat beli belah tersebut dan ianya menyusahkan ibunya yang mempunyai kesukaran untuk berjalan jauh.

“Selepas 20 minit, polis kembali tanpa pekerja tersebut dan memberitahu kami untuk pergi dan segalanya sudah selesai. Tetapi, pekerja itu tidak datang dan meminta maaf kerana memfitnah, membazir masa kami dan membuat ibu saya berjalan jauh dalam keadaannya yang mempunyai kesukaran.”

Berang dengan situasi yang berlaku, mereka kembali ke kedai untuk menuntut permohonan maaf. Bagaimanapun, pengurus kedai dan pekerja itu tadi tidak mempedulikan mereka. Malah, lebih teruk lagi, mereka turut menghina ibunya! Kurang ajarnya….

“Kami kembali ke kedai dan menuntut permohonan maaf tapi pengurus itu tidak mempedulikan permintaan kami manakala pekerja itu mula memanggil ibu saya BODOH dan ianya benar-benar tidak boleh diterima.”

Sunway
sumber: facebook

Awak buat kesilapan besar? Fine.
Awak mengesyaki kami mencuri sesuatu? Fine.
Awak memfitnah kami di hadapan ramai orang? Sekurang-kurangnya minta maaf.
Tapi hina ibu saya walhal kami benar-benar tidak bersalah?

Pihak polis sudah periksa rakaman CCTV dan badan kami tetapi tiada apa yang dijumpai dan awak masih mahu HINA IBU SAYA??”

“Di mana pergi sikap hormat? Kami adalah pelanggan anda yang membayar tetapi anda masih berani untuk menghina kami meskipun semuanya sudah selesai?” soal Andrew.

Semalam, pihak Domesky Malaysia telah memuatnaik satu permohonan maaf secara rasmi di laman Facebook mereka dan menerangkan bahawa mereka telah menghubungi Andrew secara peribadi berkenaan hal itu.

Tapi lagi best kalau pengurus dan pekerja tu mohon maaf secara peribadi kan? Barulah hormat namanya…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.