“Pejadah study kat Family Mart” – Netizen Bengang Trend Student Study Tak Kena Tempat, Conquer Meja Kat Restoran Fast Food

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Masa zaman menjadi pelajar dulu, korang mesti pernah at least sekali kan, mengulangkaji pelajaran di restoran fast food macam McDonald’s ataupun KFC.

Tapi korang sebenarnya tahu tak, trend ini sangat annoying bagi pelanggan restoran fast food yang lain? Tambah-tambah pulak kalau korang melepak study kat ruangan kecil macam Family Mart!

 

“Boleh tak stop belajar kat Family Mart. Ada banyak lagi tempat lain untuk korang study” 

Seorang netizen baru-baru ni meluahkan rasa kecewa di Twitter lepas berkunjung ke Family Mart sebab kebanyakan meja kat situ katanya telah di’conquer’ oleh golongan student ni. 

Sumber: Twitter

 

“Hello! Ko nak makan buku ke makan oden?” 

Luahan tweet ni jelas-jelas mendapat perhatian netizen apabila ramai yang tak puas hati bila tak dapat tempat duduk di Family Mart. Bila nak duduk, meja tu penuh dengan buku-buku students ni.

Sumber: Twitter

 

“Yang study kat McD, KFC, Family Mart ni biasa acah-acah je. Sembang lebih, bodohnya lebih dari pandai” 

Well admin tak sangka pulak sebenarnya isu ni triggered ramai pihak yang memang sejak dari dulu lagi tak setuju pasal trend study kat restoran fast food ni. Point netizen ni ialah masuk ke apa yang korang study tu bila tempat tu bising dan setiap minit ada orang keluar masuk kedai. Hmm.. betul jugak kan!

Sumber: Twitter

Nah ini antara suggestion tempat sesuai selain Family Mart yang korang boleh pergi untuk lepak dan study.

Sumber: Twitter

Meskipun tak salah bagi korang untuk study di restoran fast food, sekali sekala consider lah sikit tentang pelanggan kedai tersebut yang datang ke situ untuk makan-makan dan santai. Admin suggest korang pergilah time non peak hours untuk elak situasi kat atas ni berlaku. 

Baca: “Anak-anak Melayu… Syabas!” – Naik Motor Dan Buat Kacau, Rupanya Ini Cara Pelajar Raikan Tamat SPM!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!