in

“Anak-anak Melayu… Syabas!” – Naik Motor Dan Buat Kacau, Rupanya Ini Cara Pelajar Raikan Tamat SPM!

Anak Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Anak-anak Melayu... Syabas!" - Naik Motor Dan Buat Kacau, Rupanya Ini Cara Pelajar Raikan Tamat SPM!
Loading
/

Gejala sosial di kalangan remaja masa kini terutamanya mereka yang masih bersekolah memang sangat membimbangkan. Tak tahulah dari mana budak-budak sekolah ni belajar, tapi dah pandai merempit bagai walaupun umur baru 15 ke 16 tahun!

Baru-baru ni tersebar dua video menunjukkan pelajar Tingkatan 5 sedang ‘bersuka ria’ dan ‘meraikan’ hari merdeka mereka lepas tamatnya peperiksaan SPM. 


 

“Ini cara raikan tamatnya SPM. Abang dulu habis SPM terus balik rumah tidur dik” 

Menerusi dua video yang viral kat Facebook, salah satu video ni menunjukkan tindakan seorang pelajar perempuan bertudung dan memakai baju kurung sekolah memanjat motosikal dan melompat-lompat gembira. 

Perkara ini juga disusuli dengan tindakan beberapa remaja lelaki dan perempuan membawa motor dengan gaya membahayakan di sekitar kawasan sekolah. Dah macam apa je admin tengok perangai sorang-sorang. 

Di video yang kedua pulak, beberapa remaja menaiki motosikal kelihatan sedang menyembur alat pemadam api kat stesen minyak tanpa rasa bersalah. Aduhh dah kenapa ni??

 

“Aku ngajar sekolah menengah Cina dah 15 tahun, tak pernah tengok anak Cina macam ni lepas exam” 

Well as korang expected, netizen pastilah akan mengecam dan membawang bila tengok video tak senonoh pelajar sekolah macam ni. Benda yang paling obvious netizen akan sentuh ialah perangai budak Melayu yang macam orang tak beradab terkinja-kinja sebegitu.

Melayu
sumber: facebook

 

Malah ada juga yang bandingkan perangai anak orang Cina dan bangsa lain dengan orang Melayu yang sering terpalit dengan gejala buruk. Asal Melayu je perangai buruk eh? Perlu ke macam tu? 

Malu
sumber; facebook

 

“Baru habis SPM tak bermakna masa depan dah cerah dik” 

Tindakan buruk pelajar-pelajar ni jugak mengundang rasa kecewa netizen yang lebih makan garam dari budak setahun jagung ni. Kata mereka, SPM tu bukanlah penentu segalanya. Habis SPM tak bermakna dah merdeka. Banyak lagi cabaran yang kena tempuh masa zaman U dan kerja nanti. Aduhai… 

Masa
sumber: facebook 

Macam manapun, kita doakan je lah budak-budak yang kat video atas ni dapat keputusan cemerlang dalam exam. Nak rai last day exam beriya-iya, janganlah masa dapat result nanti menangis tak kesudah ye dik. 

Baca: “Ini Melayu all about sex tapi guna agama jadi alasan…”

Ini Melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.