in

Pegawai Kerajaan Ambil Rasuah Taknak Dipenjarakan Sebab Baju Banduan Buruk & Tak Ada ‘Hairdryer’

Takde Hair Dryer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah disabit bersalah dan dihukum penjara, masa tu nak menyesal memang tak ada gunanya. Macam yang berlaku dekat seorang banduan berusia 40 tahun baru-baru ini di mana dia memohon untuk dikeluarkan dari penjara. Tapi, alasan dia memang lain daripada lain.


Menurut WOB, Bao Qiong Qiong merupakan bekas penjawat awam di wilayah Zhejiang, China dan dijatuhkan hukuman penjara kerana didapati bersalah mengambil rasuah dalam bentuk tunai dan barang kemas.

Jumlah keseluruhan rasuah yang diterimanya adalah 3 juta Yuan (RM1.77juta) dan dia juga telah didenda sebanyak 400,000 Yuan (RM236,000).

Hukum
gambar hiasan

Bukan saja menjadi berita kerana mengambil rasuah tapi dia juga mendapat perhatian ramai selepas mengamuk macam kanak-kanak. Difahamkan, dia mahu dikeluarkan dari penjara dan alasannya memang rare.

Aku taknak pakai baju penjara yang buruk dan di sana (penjara) tidak ada pengering rambut jadi aku tak boleh nak basuh rambut. Aku nak balik rumah!”

Dryer2
gambar hiasan

Pada 1 April tahun ini, dia sendiri telah menyerah diri kepada pihak berkuasa bersama-sama suaminya serta rakan kerja lain yang turut mengambil rasuah. Dia sangka polis hanya akan menahan reman dan memberikannya hukuman ringan tapi sebaliknya dijatuhkan hukuman penjara.

Giphy

Bila dapat tahu dia akan dibicarakan di mahkamah dan bakal dipenjarakan, Bao didengari berkata,

Bodohnya aku. Kenapa aku ambil banyak sangat rasuah? Apa aku nak buat? Aku taknak masuk penjara. Aku nak balik rumah!” 

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pesuruhjaya ketika majlis anti rasuah dekat Hangzhou baru-baru ni.

Baca: “Aku setuju!” – ‘Check’ Telefon Pasangan Senyap-senyap Boleh Kena Denda Hampir Setengah Juta Atau Penjara!

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.