“Aku setuju!” – ‘Check’ Telefon Pasangan Senyap-senyap Boleh Kena Denda Hampir Setengah Juta Atau Penjara!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mungkin tak semua tapi majoriti admin percaya mesti pernah sorok-sorok check telefon pasangan korang kan?

Yelah, kadang-kadang tu kita nak lah tengok pasangan kita ni betul ke setia dengan kita? Pun begitu, diakui memang perbuatan ni tak baiklah, kalau selalu sangat buat pun boleh jadi gaduh. Kadang-kadang takpe, hehe

Malangnya, untuk individu yang tinggal di Arab Saudi, kerajaan di sana dah klasifikasikan perbuatan ini sebagai jenayah tau! So, sesiapa yang ditangkap tengok phone pasangan senyap-senyap dan dokumentasikan info dalam phone tu, dorang boleh dikenakan penjara atau denda sebanyak 500,000 riyal (RM558, 429) atau kedua-duanya sekali.

Gambar Hiasan

Namun, kalau individu ditangkap tengok phone tanpa kebenaran tapi tak buat apa-apa dokumentasi mungkin akan menerima hukuman yang lebih rendah. Akta ini dikategorikan di bawah akta jenayah siber.

Menurut Arab News, peguam dan penasihat undang-undang, Abdul Aziz bin Batel mengatakan yang apa-apa jenayah yang melibatkan komputer, telefon dan kamera dikira sebagai jenayah siber dan akan dihukum.

Ha, siapa yang suka buat tu better stop. Manalah tahu kalau dorang nak implement undang-undang ni kat Malaysia pulak? Pishanggg

 

Baca: “Hargailah ayah anda” – Ayah Beli Telefon Untuk Anak Guna Duit Syiling Buat Netizen Sebak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson