in

“PDRM siasat kekayaan Azmin pulak”

Azmin Ali Selangor 0110 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemimpin-pemimpin di bawah Pakatan Harapan disaran mengisytiharkan aset masing-masing kerana kerajaan nekad mahu membina negara dengan pemerintahan baru yang lebih jujur dan telus.

Pun begitu, ketelusan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba-tiba tercalar kerana menerima satu tuduhan berat berkenaan harta miliknya. Menurut Astro Awani, satu blog Toyol of Selangor mendakwa Azmin dan isterinya mempunyai banyak akaun bank di luar negara. Wuishh betul ke ni?


2222
sumber: berita harian

Azmin bagaimanapun menafikan dakwaan memiliki lebih RM300 juta yang katanya disembunyikan di luar Malaysia itu. Bekas Menteri Besar Selangor tersebut menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tuduhan berniat jahat yang cuba untuk mencemarkan namanya.

“Ini tuduhan palsu, yang berniat jahat dan kita tidak harus melayani fitnah dan tohmahan ini. Siapa yang buat tuduhan kena tampil ke hadapan dan buat laporan secara bertulis.”

“Jangan buat tuduhan tidak berasas dan fitnah.”

Selain itu, Azmin juga menggesa pihak terlibat untuk tampil dengan bukti kukuh sebelum membuat tuduhan.

“Jadi mana-mana individu yang yakin ada bukti yang kukuh, tampil kepada pihak berkuasa supaya siasatan ini dapat dilakukan. Bagi saya, ini satu percubaan jahat dan satu fitnah untuk mencemarkan reputasi saya.”

Azmin Ali Selangor 0110
sumber: projek mm

Hari ini Sinar Harian melaporkan Presiden Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam telah membuat laporan dan menggesa pihak polis menyiasat kesahihan kekayaan luar biasa Azmin. Lokman turut mendakwa kekayaan Azmin diperolehi melalui penyalahgunaan kuasa semasa menjadi Menteri Besar.

“Saya minta PDRM menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Mohamed Azmin, isteri, adik ipar dan proksi datangnya rasuah yang diterima.”

Toyol
sumber: facebook

“Ada 30 muka surat senarai akaun kekayaan luar biasa, ini satu dakwaan sangat serius yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor. Kita pun tahu ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim letak jawatan di Selangor, beliau ada meninggalkan rizab negeri berjumlah RM1.6 bilion.”

Kalau tak ada bukti yang kukuh dan sahih, jangan main tuduh-tuduh benda serius macam ni tau. Tuduhan berat ni…

Baca: 3 Menteri Kabinet Ni Dah Isytihar Aset Mereka, Mat Sabu Paling Sempoi

Ok 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.