in

3 Menteri Kabinet Ni Dah Isytihar Aset Mereka, Mat Sabu Paling Sempoi

Menteris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu, seboleh-bolehnya semua menteri nak sorok dan tak mahu rakyat tahu tentang segala kemewahan yang mereka ada kepada umum. Namun inisiatif daripada Kabinet Malaysia baru ni dilihat sesuatu yang membanggakan apabila beberapa menteri iaitu Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan dan Menteri Pertanian berani ke depan untuk isytihar aset yang dimiliki mereka.


Menurut NST, setiap pengisytiharan harta yang dibuat telah disaksikan oleh seorang komisioner dengan akujanji dan ia melibatkan tahun aset ini dimiliki, nilai dan bagaimana ia didapati.

Berikut 3 menteri kabinet dan aset yang telah diisytiharkan mereka: 

 

1. Menteri Pertahanan: Mat Sabu 

Aset yang dimiliki Presiden Parti Amanah Negara ini bernilai RM688,000.

Mat Sabu yang telah isytiharkan asetnya pada 13 Mac lepas berkata, dia mempunyai RM105,000 dalam simpanan dan telah melabur sebanyak RM220,000 dalam unit trusts dan insurans.

Menurut dokumen pengisytiharannya di laman Invoke, Mat Sabu tidak mempunyai sebarang kenderaan yang didaftarkan atas namanya tetapi ada 5 pemilikan harta di atas nama isterinya. Fuh tak ada kereta langsung atas nama Abang Mat?

0B13
sumber: blog

 

2. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad 

Ahli Parlimen Kuala Selangor ini isytihar asetnya bernilai RM1.98 juta.

Beliau pada masa yang sama memaklumkan di dalam dokumen pengisytiharan bahawa memiliki seutas jam bernilai RM10,000 yang merupakan hadiah hari lahir daripada adiknya.

Dr Dzulkefly mempunyai sebuah rumah bernilai RM2 juta di Shah Alam yang mana tanah itu dibeli daripada bapa mertuanya dan membina rumah tersebut bersama isteri. Beliau jugak ada membeli dua kereta terpakai jenis Toyota Harrier dan Rover Freelander yang kedua-duanya berjumlah RM84,800.

Dr Dzulkefly Ahmad
sumber: wob

 

3. Menteri Pertanian dan Asas Tani: Salahuddin Ayub 

Salahuddin Ayub mempunyai aset bernilai RM740,570.

Menurut deklarasinya, timbalan presiden Parti Amanah Negara ni masih membayar loan sebanyak RM70,000 untuk salah satu daripada 3 kereta yang dimilikinya. Selain itu, Salahuddin jugak memiliki dua buah rumah di Pontian dan Gombak yang kedua-duanya berjumlah RM750,000.

Salehudin Ayub
sumber: blog

Kesemua deklarasi aset bagi ahli politik Pakatan Harapan ini telah dimuat naik ke laman Invoke Malaysia dan anda boleh melihat aset individu lain seperti Khalid Samad, Fuziah Salleh dan Fahmi Fadzil di sini.

Kita tunggu ahli politik lain pulak isytihar aset mereka ye. Teringin nak tengok bekas menteri BN isytihar aset masing-masing. 

Baca: Dari Kulinari Ke Politik, Inilah Mat Sabu 

Mat Sabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.