in

Paul Pogba Sah COVID-19. Terlepas Beraksi Di Liga Negara-Negara UEFA.

Gambar Hiasan 3 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat fans  Manchester United dan Perancis, ada berita buruk untuk korang apabila ‘ayam tambatan’  untuk kedua pasukan itu Paul Pogba telah disahkan positif Covid-19.


Menurut Awani, perkara itu disahkan sendiri oleh ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps dan terpaksa menepikan pemain harapan itu dari skuadnya yang bakal beraksi dalam Liga Negara-Negara UEFA bulan depan.

Pada awalnya, pemain berusia 27 tahun itu tersenarai dalam skuad ‘Les Bleus‘ untuk berdepan Sweden dan Croatia. Bagaimanapun Deschamps, terpaksa akur dengan mendedahkan Pogba yang positif COVID-19 telah digantikan oleh pemain muda Rennes, Eduardo Camavinga.

“Kami terpaksa melakukan pertukaran selepas Paul Pogba yang positif COVID-19 dan tidak dapat bersama skuad Perancis,”

438Dd232F86Ae3Eb77F4Dcb84E86C9D7

Lebih memeritkan buat juara Piala Dunia 2018 itu, bukan hanya kehilangan Pogba, Perancis pada kali ini bakal ‘tempang’ kerana pemain tengah Tottenham, Tanguy Ndombele, turut diketepikan selepas turut dilaporkan positif virus tersebut.

 

Baca: [VIDEO] Pogba Ejek England, Jadi Bahan Ketawa

Capture 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.