in

[VIDEO] Pogba Ejek England, Jadi Bahan Ketawa

Page Pogba 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Pogba Ejek England, Jadi Bahan Ketawa
Loading
/

Perancis berjaya mengalahkan Croatia dengan skor 4-2 dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2018 malam tadi sekaligus merangkul gelaran juara. Antoine Griezmann, Kylian Mbappe dan Paul Pogba dilihat mempamerkan skills yang hebat dan merupakan pemain paling menyerlah ketika perlawanan.


Kalau nak tau, ini merupakan kemenangan kali kedua Perancis selepas 20 tahun lalu yang pastinya menjadi detik sangat membanggakan pemain dan peminat pasukan tersebut.

Kalau dah menang FIFA mestilah tak cukup dengan meraikan kemenangan dekat tengah padang je kan? Juara Piala Dunia 2018 ini sambung raikan kemenangan pasukan mereka di loker persalinan selepas acara habis.

Satu kejadian menarik berlaku di situ apabila Paul Pogba dilihat bersuka ria berjoget sambil menyanyikan lagu yang dikatakan ibarat mengejek salah satu negara peserta Piala Dunia. Kejadian lawak tu dah dirakam dan kini viral di media sosial!

Video tersebut menunjukkan Pogba dengan senang hati sedang menyanyikan lagu penyokong England, It’s Coming Home. Dia happy sangatlah tu.

Walau bagaimanapun, Pogba sempat meminta maaf dan mengatakan dia hanya bergurau. So, peminat England boleh chill. Dia saje je nak melawak tu. Tapi gaya Pogba tu buat orang yang tengok pulak gelakkan dia!

Tahniah kepada kumpulan Perancis dengan kemenangan mereka dan tahniah juga kepada pasukan Croatia kerana memberikan saingan hebat pada final Piala Dunia semalam.

Baca: Penyokong Tegar Messi Bunuh Diri, Kecewa Kekalahan Argentina

Page Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.