in

“Patutnya fikir pasal coronavirus!” – Doktor Pakar Kantoi Tonton Video Lucah ‘Hardcore’ di Pejabat, Ketagih Sejak Umur 18 Tahun

Doc Tengok Porn

Doktor lain punyalah siap siaga nak hadapi coronavirus, dia boleh pulak ‘layan’ eh!

Seorang doktor pakar dalam bidang tuberkulosis atau tibi berusia 70 tahun berdepan risiko dipecat selepas didapati menonton dan menyimpan bahan porno di dalam komputer pejabatnya. Menurut Metro, Profesor Peter Davies dari sebuah hospital di Liverpool, England itu mengaku menggunakan komputer itu untuk menonton pornografi terutamanya jenis ‘hardcore’.

Baru-baru ini, pegawai di Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa (NHS) telah memeriksa komputer pejabat milik Peter dan terkejut apabila dia terjumpa link di internet yang menunjukkan imej seseorang sedang melakukan seks dengan kuda dan anjing.

Blik

Doktor2

Peter ketika disoal siasat pihak polis berkata dia membuka link itu kerana sifat ingin tahu namun mengakui mempunyai masalah ketagihan porno. Katanya, dia mula ada ketagihan itu sejak berusia 18 tahun lagi di mana ketika itu dia membeli majalah berunsur lucah. Peter juga pernah menghadiri kaunseling disebabkan masalah ini.

Sepanjang kehidupan saya ketika dewasa, sejak saya remaja lagi, saya ada masalah ini (ketagihan porno). saya pernah membeli majalah (lucah) tapi sehinggalah muncul internet di mana saya boleh dapat lebih banyak akses (pornografi).”

Jadi, saya terus menerus akses terhadap porno di rumah dan pada tahun 2010 saya buat pengakuan kepada isteri.”

Peter turut akui terpaksa menonton pornografi menggunakan komputer pejabat selepas isterinya meletakkan filter pada komputer di rumah demi menghentikan ketagihannya ini.

Saya tak (tengok porno di rumah). Isteri saya ada di rumah. Dia letak mod penapis pada semua komputer saya. Saya pernah pergi kaunseling dan berhenti (tonton porno) selama 2 tahun.”

Doktor1

Difahamkan, pihak berkuasa telah memberi amaran kepadanya dan tingkah laku tidak senonoh itu telah dilaporkan kepada Majlis Perubatan Umum. Menurut mereka, Peter berkemungkinan akan mengakhiri kerjayanya sebagai seorang doktor pakar selepas ini.

Baca: “Bilalah media kita nak matang” – Doktor Bengang Wartawan Tanya Pengarah Kesihatan Pasal Ikan Singgang Penawar Coronavirus, Tapi…

Makelah Ike Singge

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail