in

Tular Video Lucah & Gangguan Seksual Libat Pendakwah Terkenal, Polis Belum Terima Laporan

Video Ustaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial sejak semalam, berkenaan sebuah video yang memaparkan seorang individu mirip pendakwah terkenal sedang melakukan aksi tidak senonoh di atas katil.


Menurut mStar, hasil carian di laman Twitter dengan kata kunci nama pendakwah tersebut telah menemukan beberapa tweet yang seolah-olah sedang memperkatakan tentang individu terbabit dan mengaitkannya dengan video itu.

Video

 

Polis belum terima sebarang laporan 

Walau bagaimanapun, menurut Utusan Online, tiada sebarang pengesahan diterima setakat ini oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan penularan video berkenaan dan gangguan seksual yang katanya melibatkan pendakwah berkenaan.

Sumber polis juga berkata, tiada sebarang mangsa setakat ini tampil membuat laporan berkenaan perkara terbabit.

Masih belum dapat pengesahan lagi,” kata sumber tersebut.

Isu ini katanya telah mendapat perhatian beberapa individu yang terkenal di media sosial, termasuklah artis terkenal yang memberi bayangan ‘kebenaran’ akan terbongkar tidak lama lagi.

Whatsapp Image 2021 07 26 At 6.49.16 Pm

Menerusi satu hantaran di Twitter juga, seorang netizen telah mendakwa apa yang bakal berlaku sekiranya seorang tokoh negara merupakan seorang predator seksual.

“Apa yang anda buat sekiranya anda tahu seseorang tokoh negara seorang seksual predator.

“Tetapi, anda tiada bukti mahkahmah (sebab si mangsa tak nak buat report polis).

“Tokoh ini tokoh yang disanjung dan disayangi. Sampai susah nak percaya perangai sebenarnya,” kata hantaran itu, lapor Utusan Online.

Berdebar juga baca tentang isu ini. Harap ada penjelasan yang terbaik dari semua pihak berkenaan perkara ini.

Baca: “Kalau benda kecik pun boleh tipu” – Caprice Buka Mulut Isu Didakwa Tepis Ebit Lew, Netizen Siap Ulang Video

Tipu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.