in

“Bilalah media kita nak matang” – Doktor Bengang Wartawan Tanya Pengarah Kesihatan Pasal Ikan Singgang Penawar Coronavirus, Tapi…

Makelah Ike Singge

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketakutan dijangkiti wabak COVID-19 membuatkan orang ramai pakat cari pelbagai method pencegahan dan penyembuhan, tak kiralah dari segi medikal mahupun tradisional.


Agak mengejutkan jugalah baru-baru ni, bila ada seorang ‘pensyarah’ dari sebuah universiti tempatan mengakui yang masakan ikan singgang boleh merawat penyakit wabak COVID-19. Erk! 

 

“Patutnya soalan macam ini, wartawan sendiri dah tahu jawapan” 

Pendapat ‘pensyarah’ tersebut disangkal kebanyakan doktor, antaranya Dr Rafidah Abdullah di media sosial.

Walau bagaimanapun, tindakan wartawan menyoal sama ada benar atau tidak ikan singgang boleh merawat COVID-19 kepada Ketua Pengarah Kesihatan telah menimbulkan kemarahan doktor tersebut.

Menurut posting di Twitternya, Dr Rafidah menganggap soalan yang diajukan wartawan tu agak tak masuk akal kerana mereka pun dah boleh tahu apa jawapannya kan? 

 

“Bukan ke sidang media memang tempat untuk bertanya soalan?” 

Walau bagaimanapun, seorang netizen menganggap ia tak keterlaluan untuk netizen bertanya soalan berkenaan sebab memang sudah tanggungjawab seorang wartawan untuk bertanya tentang kebenaran sesuatu hal. 

Katanya lagi, penting untuk wartawan tanya tentang perkara tersebut sebab sebagai media yang menyampaikan berita, mereka tak boleh tulis perkara sembarangan tanpa ‘quote’ daripada pihak berautoriti. Hmm ada logik gak ye! 

 

“Malu bertanya sesat jalan Dr” 

Rata-rata netizen yang membaca tweet tersebut sebenarnya tak masalah pun untuk wartawan tersebut bertanyakan tentang isu ikan singgang tersebut. Bagi netizen, penting untuk wartawan tanya sebab perkara macam tu perlukan pengesahan.

Tanya Je Pun

Apa-apapun chill je okay semua? Yang paling penting, kita follow apa kementerian dan mereka yang bertanggungjawab beri info tentang perkara ni. Benda yang kita rasa pelik dan macam tak logik tu, eloklah bertanya dulu kepada yang profesional. 

Baca: “Serius lah” – Pensyarah UMT Dakwa Ikan Singgang Boleh Jadi Penawar Covid-19

Singgang

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.