Menonton video pornografi bukanlah satu aktiviti yang baik. Banyak kesan buruk yang akan timbul seperti ketagihan seks, mati pucuk, dan banyak lagi.
Baru-baru ini, ruangan komen satu laman pornografi popular mula tular selepas seorang pengguna meninggalkan satu komen yang penuh makna kepada pengguna-pengguna yang lain.
Dengan nama pengguna ‘liljdub1’, lelaki ini mengumumkan dia mahu ‘bersara’ daripada melayari laman web pornografi selepas berjaya menemui cinta sejati.
Luah lelaki ini dalam komen tersebut, wanita yang ditemuinya itu ialah seorang yang bijak, cantik dan setia. Malah, dia berasa gembira selepas bangun tidur pada setiap hari dengan kehadiran wanita ini.
“Kalian, saya di sini bukan untuk menonton, tapi untuk umumkan perasaraan. Saya dah jumpa wanita yang sempurna untuk saya”
Sambung lelaki ini, dia berhenti menonton video pornografi kerana dia berasa seperti tidak tenang. Dia merasakan seolah-olah sedang curang bersama wanita lain apabila menonton video lucah.
Di akhir ayat, lelaki ini berharap agar mereka yang membaca komen tersebut mengalami apa yang dia rasakan, iaitu cinta sejati.
“Saya harap anda semua yang baca ini akan jumpa benda yang sama saya jumpa. liljdub signing off”
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna yang lain berasa terharu dengan komen lelaki ini.
“Selamat tinggal komrad. Cinta akan sentiasa menang”
Kredit: Times Now News
BACA: Bahana Kelas Online, Pelajar Terhantar Video Porno Sebagai ‘Assignment’