“Patutnya dorang halang buat benda camtu!” – ‘Boatman’ Dikecam Sebab Sanggup Terjun Laut Bawa Naik Penyu, Semata Untuk Selfie

Tambah ke Sumber Pilihan
“Patutnya dorang halang buat benda camtu!” – ‘Boatman’ Dikecam Sebab Sanggup Terjun Laut Bawa Naik Penyu, Semata Untuk Selfie

Penyu adalah antara tarikan menarik bila kita buat aktiviti snorkeling. Memang seronok bila kita tengah berenang lepas tu ada hidupan laut keliling. Tapi, jangan pula kita kacau penyu-penyu tu!

Seorang gadis telah memuat naik gambar selfie bersama penyu di Pulau Perhentian dan ianya telah mendapat perhatian ramai netizen. Posting yang asalnya dimuat naik di Facebook itu telah viral hingga ke Twitter.

PegangSumber: Twitter

Boatman bawa naik penyu!

Melalui posting itu, gadis terbabit telah memberi review terhadap servis boatman yang bawanya pergi snorkeling. Kononnya boatman tu sporting habis bagi dia selfie dengan penyu.

Difahamkan, boatman tersebut layankan permintaan gadis ni nak selfie dengan penyu. Kata gadis tersebut di Facebook,

“Puas hati dengan servis. Minta nak private boat pun dapat. Nak penyu pun dapat.”

“Saya nak snap pic dengan penyu…”

“Boleh dik!”

“Terus bot man terjun dasar bawa naik penyu.”

Selfie1Sumber: Twitter

Tak patut bangga dengan benda macam ni

Melalui Twitter, Sharifah Sofia telah memuat naik posting FB gadis tersebut dan perkara sebegitu bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan. Dia juga turut meminta bantuan netizen untuk tolong dia cari boatman berkenaan.

“Guys, saya sedang mencari siapa operator yang terlibat. Jika anda tahu, tolong maklumkan pada saya.”

Ramai warga Twitter yang mengecam tindakan gadis dan boatman itu sebab selamba pegang cengkerang haiwan terancam itu. Menurut mereka, sepatutnya boatman atau operator menghalang pelancong daripada mengganggu penyu ketika aktiviti snorkeling.

Seharusnya, operator galakkan eco-friendly turtle trip bukan mengikut saja kehendak pelancong. Malah, menurut Sofia lagi, ada sebab kenapa kita tidak boleh sesuka hati perlakukan penyu sebegitu.

Selfie2Sumber: Twitter

PenyuSumber: Twitter

Salah di sisi undang-undang!

Jangan main-main, tindakan itu sebenarnya salah di sisi undang-undang dan Jabatan Perikanan Malaysia juga telah mengeluarkan  poster tentang akta tersebut.

“Di bawah Seksyen 27, Akta Perikanan 1985, tiada seorag pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu (termasuk telur penyu).”

Sesiapa yang melakukan kesalahan itu dikira melanggar akta dan boleh diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta terbabit.

SelfieSumber: Twitter

Masih ramai yang tak ada awareness rupanya…

Baca: “Otak langsung tak cakna” – Netizen ‘Boikot’ Penjualan Telur Penyu Secara Atas Talian

Untitled Design 18

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Patutnya dorang halang buat benda camtu!” – ‘Boatman’ Dikecam Sebab Sanggup Terjun Laut Bawa Naik Penyu, Semata Untuk Selfie
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/patutnya-dorang-halang-buat-benda-camtu-boatman-dikecam-sebab-sanggup-terjun-laut-bawa-naik-penyu-semata-untuk-selfie/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM