in

“Otak langsung tak cakna” – Netizen ‘Boikot’ Penjualan Telur Penyu Secara Atas Talian

Untitled Design 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyu antara haiwan yang sedang diancam kepupusan di Malaysia buktinya pada tahun 2017 hingga 2019 sebanyak 80 kematian penyu telah direkodkan di negara ini.

Meskipun mereka dikatakan bertelur pada setiap tahun, namun telur mereka seringkali menjadi buruan insan tidak bertanggungjawab yang menjual telur haiwan tersebut kepada penggemar-penggemarnya di luar sana.


Terbaru kecoh mengenai penjualan telur penyu di Shoppee dengan harga sekitar RM7.90 bagi setiap biji.

Turtle Conversation Society of Malaysia, ada memuatnaik iklan tersebut di posting twitter mereka semalam.

Ya Allah! Musim PKP ini lah di mana banyak ibu penyu naik mendarat. Tapi jenis kita ni, nak je jual/beli semua telur penyu. Tak kisah lah, samada penyu hidup atau pupus. Biar makan dulu.

Sejak di muatnaik, posting tersebut sehingga kini telah mendapat 2.5K retweet, malah netizen turut mengecam tindakan penjual telur penyu itu yang dikatakan langsung tidak sensitif.

Penyu8

Penyu3

Penyu4

Penyu7

Perkongsian ini turut menarik perhatian pelakon terkenal, Maya Karin yang meluahkan kekecewaannya terhadap platform tersebut.

 

Walaubagaimanapun, pihak shopee telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut dan mereka menjelaskan bahawa Shopee memandang serius tentang perkara ini. Difahamkan, mereka telah pun mengambil tindakan pada penjual itu.

Penyu5

 

Baca: Kejam! Sekumpulan Lelaki Bergilir-gilir Duduk Atas Penyu Yang Tengah ‘Struggle’ Nak Masuk Balik Dalam Laut

Annotation 2020 05 14 134820

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.