in

“Siap ada tape kuning” – Ramai Terkejut Ingat Bungkusan Mayat Tepi Jalan, Rupa-Rupanya….

Page New Patung

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter mengenai gambar bungkusan plastik berupa manusia yang dijumpai di tepi jalan sekitar Seksyen 27, Shah Alam. Insiden yang mengejutkan orang ramai itu telah menyebabkan polis tiba untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

Beberapa gambar juga turut dikongsikan menerusi pemilik akaun @hatimjamaluddin. Pihak polis juga dilihatkan segera menutup kawasan tersebut dengan menggunakan tape kuning.

Pun begitu, menurut Kosmo, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib selaku Ketua Polis Daerah Shah Alam mengesahkan bahawa bungkusan yang dijumpai kira-kira jam 3 petang hanyalah patung lilin.

Patung 3

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan juga plastik” – Ketua Polis Daerah Shah Alam

“Siapa yang buang sepah-sepah ni?”

Selepas mengetahui hal sebenar dari kejadian itu, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet di Twitter terutamanya di bahagian quotes dan juga replies. Nasib baik korang tak tertipu dengan gambar tu. Buat suspens je kan?

Twt Full 3

Memang rata-rata mengatakan bahawa rasa cuak yang mereka alami sebelum melihat kesemua gambar yang dikongsikan itu berakhir dengan sia-sia. Ada juga yang bersyukur kerana ianya bukanlah mayat manusia seperti yang dikatakan.

Nasib baik ada geng cuak sama-sama… Min pun nervous je haa masa nak bukak gambar tu.

Baca: [VIDEO] Netizen Cair Tengok Reaksi Budak Lelaki Dapat Hadiah Patung Sama Macam Lukisan Sendiri!

Untitled 1 4

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter