[VIDEO] Wanita Bengang Doktor KK Ambil Mudah Hal Pesakit, Ingat Datang Cuma Nak MC!

Jadikan sumber pilihan di Google
[VIDEO] Wanita Bengang Doktor KK Ambil Mudah Hal Pesakit, Ingat Datang Cuma Nak MC!

Kebiasaannya kalau korang tak sihat ataupun tak sedap-sedap badan, mesti akan terus ke klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan dan kalau terlampau melarat, doktor bertugas akan bagi medical certificate (MC) kepada pesakit.

Boleh kata MC ni dapat berikan peluang dan juga ruang kepada pesakit untuk dapatkan rehat yang secukupnya. Tapi, baru-baru ni kecoh di media sosial tentang luahan seorang wanita sebab bengang dengan sikap doktor di sebuah klinik kesihatan.


Perkongsian video yang dimuat naik menerusi pengguna akaun @sri_idrina di TikTok ini telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan sehinggakan tular di platform media sosial yang lain.

Dari video itu, wanita yang dikenali sebagai Sri Idrina mendedahkan tentang layanan tak mesra yang diberikan oleh doktor bertugas pada ketika itu kerana jawapannya kedengaran kurang memuaskan.

“Bila i bagitahu i sakit-sakit urat, urat semua tersimpul then you boleh kata ‘Oh muscle pain kot’. Dahlah guna perkataan K.O.T. You dah lah doktor tapi taknak layan i”

“Diorang ni ingat kita ni datang nak MC je”

Lebih mengejutkan apabila doktor tersebut hanya bertanyakan secara ala kadar tentang sakit yang dialami dan terus bertanyakan sama ada Sri Idrina mahukan MC ataupu tidak selepas diberi beberapa jenis ubat tahan sakit.

Luahan Sri Idrina itu telah mendapat perhatian netizen kerana rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan tentang doktor yang beranggapan pesakit datang ke klinik kesihatan hanya mahukan MC dari mereka.

Tiktok Full 3Sumber: TikTok

Ramai juga yang mengatakan supaya sikap sebegini tak seharusnya dibiasakan dan rawatan perlu dilakukan dengan lebih terperinci agar masalah kesihatan pesakit dapat dikenalpasti sebelum ianya lebih melarat.

Korang kalau rasa tak sedap badan make sure terus pergi check tau!

Baca: Netizen Kongsi Pengalaman Minta MC Sebab Terlampau Letih Kerja Tanpa Henti, Tapi Bila Doktor Check…

Untitled 2 7

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Hai! nama penuh Siti Aina Sarah, tapi lebih mesra dikenali sebagai Aina. Berusia 22 tahun dan berasal dari Kuala Selangor. Pelajar Bachelor (Hons.) in Broadcasting dari UiTM Shah Alam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Merupakan seorang yang suka untuk mencuba dan senang untuk bergaul.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Wanita Bengang Doktor KK Ambil Mudah Hal Pesakit, Ingat Datang Cuma Nak MC!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-wanita-bengang-doktor-kk-ambil-mudah-hal-pesakit-ingat-datang-cuma-nak-mc/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen