“Patutlah anak dara ke janda suka hiking” – Netizen Doakan Bisnes Pemuda Ni Lingkup Sebab…

Dalam zaman-zaman raih perhatian di alam maya ini, sosial media boleh dikatakan satu jalan pintas untuk ahli perniagaan kecil-kecilan mewartakan bisnes mereka.

Disebabkan itu, ada pihak yang sengaja menggunakan taktik buruk demi menaikkan diri mereka dekat alam maya tu dengan cara kutuk orang dengan tujuan support bisnes dia.

 

Panjat gunung redah hutan, ini rupanya matlamat utama

Di Twitter, individu ini gunakan elemen-elemen sexism untuk meraih banyak retweet Tunjuk gambar pasangan sedang melakukan perkara mencurigakan di puncak gunung.

Tweet yang memperlekehkan tujuan kaum wanita mendaki gunung untuk buat maksiat itu meraih lebih daripada 1,500 perkongsian, ia mendatangkan rasa kurang senang warganet.

Sumber : Twitter

Lepas tweet individu tersebut tular, dia terus selitkan bisnes yang dia jalankan menerusi untaian tweet tersebut.

Sumber : Twitter

Netizen labelkan taktik pemasaran individu ini taktik kotor sebab memperlekehkan kaum wanita demi mempromosikan perniagaannya.

Ya lah, tujuan orang pergi hiking tu untuk fit bukannya untuk buat maksiat, andaian dia yang mengutuk seolah-olah semua perempuan pergi hiking untuk buat benda kotor ni memang tak boleh diterima.

Kebanyakan warganet yang retweet dan beri respon terhadap kenyataan yang dianggap biadap tu kerana dikecam teruk. Sampai ada yang sanggup doakan buruk-buruk pasal periuk nasi dia.

 

Cara kotor dia promote bisnes – Netizen

Kadang-kadang gurauan tak kena tempat tu boleh mengundang padah pada diri kita, apa pun harap netizen tidaklah melatah dan bersiap terbuka, mungkin niat dia tak tujukan kepada semua.

 

Baca : “Dah gemuk tak payahlah buat aktiviti lasak” – Persatuan Hiking ‘Sekolahkan’ Netizen Facebook Suka Hina Fizikal Orang Lain

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?