in

“Pastikan dorang tak jumpa kawan atau jiran” – Dr Hisham Minta ‘Parents’ Beri Perhatian Lebih Pada Anak-anak

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di negara kita ini selain risau dengan kesihatan ibu bapa yang dah lanjut usia, kesihatan anak-anak juga antara yang menjadi kebimbangan sekarang ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini mengingatkan ibu bapa untuk lebih bersikap proakftif dalam melindungi anak-anak dari jangkitan Covid-19 ini.

Ini kerana, sistem imunisasi anak-anak sekarang sedang dibentuk ini menjadikan mereka lebih terdedah kepada jangkitan Covid-19, lebih-lebih lagi bila mereka masih belum layak untuk menerima vaksinasi.

Perkara ini disarankan selepas Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba mendedahkan pada Isnin lalu seramai 82,341 kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun dan ke bawah telah dijangkiti sejak pandemik ini bermula.

1071721

Dalam kenyataannya, Dr Hisham mengatakan angka ini sangat membimbangkan lebih-lebih lagi seramai 19,851 dari kanak-kanak ini berusia lima tahun dan ke bawah, lapor FMT.

Ibu bapa merupakan pelindung anak-anak. Mereka perlu mengambil langkah proaktif untuk melindungi anak-anak dari bahaya Covid-19.”

Dia berkata, ibu bapa perlu memantau anak-anak dan pastikan mereka tak keluar berjumpa rakan-rakan dan jiran-jiran serta pastikan mereka sentiasa memakai pelitup muka dan mematuhi SOP sekiranya perlu meninggalkan rumah.

Tambahnya lagi, disarankan hanya seorang wakil dari keluarga yang seharusnya keluar untuk membeli barang keperluan asas dan jika perlu hanya beli barangan dalam talian.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di bawah umur lima tahun perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan duduk di rumah dan tak bawa anak-anak ke tempat berisiko seperti pusat membeli-belah, pasar awam atau tempat sesak yang lain.”

Katanya lagi, memandangkan kanak-kanak belum lagi dimasukkan dalam program vaksinansi di negara ini, ibu bapa dan ahli keluarga perlu menjalankan tanggungjawab dengan mendaftar untuk vaksin bagi melindungi mereka.

 

Baca: Kanak-kanak 12 Tahun Ke Bawah DILARANG Keluar Rumah Semasa ‘Total Lockdown’ Kecuali Atas 4 Sebab Ini…

Screenshot 2021 06 03 At 1.17.10 Pm

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.