in

Kanak-kanak 12 Tahun Ke Bawah DILARANG Keluar Rumah Semasa ‘Total Lockdown’ Kecuali Atas 4 Sebab Ini…

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, hari ini (1 Jun) bermulalah total lockdown di seluruh negara yang dianggarkan tamat pada 14 Jun nanti.


Mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negera, kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah kini dilarang untuk keluar rumah kecuali atas sebab-sebab tertentu sepanjang tempoh ini lapor Malay Mail.

Kanak-kanak tak dibenarkan untuk ada di mana-mana tempat atau kemudahan awam kecuali bagi tujuan yang disenaraikan di bawah ini:

Nz364 Hmfield Image Listing Featured V2.Var 1593768959

  • Kecemasan
  • Rawatan perubatan
  • Pendidikan
  • Bersenam

Ini ekoran laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan sebanyak 82,341 kes jangkitan Covid-19 melibatkan bayi dan kanak-kanak.

Oleh itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menasihatkan ibu bapa atau penjaga untuk jadi lebih bertanggungjawab bagi melindungi kumpulan ini dari terkena jangkitan.

Tak cukup dengan itu, Dr Adham turut memberi amaran kepada ibu bapa yang masih degil, walaupun dalam Akta 342 tiada peraturan yang boleh kompaun diberikan kepada ibu bapa yang bawa anak ke tempat sesak, pihak berkuasa masih boleh membuka kertas siasatan.

Korang boleh tengok SOP penuh dari MKN dekat sini.

 

Baca: “Patut jadi wake up call” – Lebih 40,000 Kanak-kanak Positif, Ismail Sabri Minta Ibu Bapa Sedar Bahaya Covid

Screenshot 2021 06 01 At 12.28.14 Pm

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.