in

Pasangan DJ Popular Bercerai Talak Tiga Didakwa Rujuk Balik, Menteri Agama Minta Buat Siasatan

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak berapa lama dahulu, agak kecoh di media sosial selepas DJ Wong melafazkan cerai talak tiga melalui Facebook live ke atas isterinya DJ Sal selepas wanita itu mendakwa suaminya tiba-tiba menghilangkan diri.


Namun begitu, pasangan ini kembali mencetuskan kontroversi selepas mereka didakwa telah rujuk semula dan kembali tinggal bersama.

Ekoran ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad telah meminta pihak berkuasa agama memanggil pasangan DJ popular tersebut.

Memetik laporan dari Harian Metro, Idris mengatakan pasangan ini mungkin menganggap penceraian sebagai perkara biasa kerana kurang pengetahuan mengenai hukum Islam.

Fb Img 1649826846030

Kita hendak kata dia permain agama tak boleh juga kerana mungkin sebab kejahilan mereka anggap benda itu mainan biasa, anggap boleh rujuk begitu sahaja.

Disebabkan itu pihak berkuasa agama perlu panggil mereka kerana ini membabitkan soal nasab dan keturunan.”

Idris juga meminta orang ramai yang bimbang perkara tidak elok berlaku untuk membuat laporan ke atas pasangan tersebut kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing agar siasatan segera boleh dibuat.

Ustaz Idris 2

Jika berlaku perkara sebegini, orang ramai boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. Apabila ada laporan maka kita boleh ambil tindakan kerana ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu kes yang berlaku.

“Di daerah kita hanya mempunyai seorang kadi sahaja, kita tidak mahu terlepas pandang dan jika kita tahu memang pihak berkuasa agama siasat segera.”

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini DJ Sal telah menjelaskan bahawa dia sudah pun merujuk isu penceraian ini kepada ahli keluarganya yang bijak agama dan mendapat pengesahan bahawa lafaz talak yang diucapkan oleh DJ Wong pada April lalu tidak sah.

Ini kerana, ketika lafaz talak dibuat, dia berada dalam keadaan uzur dan suaminya dalam keadaan tidak waras sehingga menyebabkan dia telah melafazkan cerai secara live di media sosial.

 

Baca: Misteri Terjawab, DJ Wong Hilang Seminggu Tiba-tiba Buat Live Ceraikan Isteri Talak Tiga

Screenshot 2022 06 27 At 12.43.36 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.