Beberapa hari lalu, seorang wanita yang dikenali sebagai DJ Sal telah membuat laporan selepas suaminya dikatakan hilang sejak Rabu minggu lepas.
Pasangan ini merupakan DJ radio yang aktif membuat siaran langsung bersama-sama di Facebook dengan menggunakan nama “DJ Wong and Sal Bollywood”.
Menurut DJ Sal, sebelum suaminya menghilangkan diri, lelaki itu telah memeluk dan menciumnya sebanyak tiga kali dan memujinya cantik ketika sedang bersiap untuk membuat live di Facebook.
Ketika itu, saya tidak terfikir apa-apa kerana suami memang kerap berbuat demikian dan selepas itu saya memintanya pergi bersiap dalam bilik.
“Bagaimanapun, saya selepas itu menyedari yang suami tidak masuk bersiap dalam bilik sebaliknya dia terus menghilangkan diri.”
Sejak dari itu, wanita ini telah cuba mencari suaminya di rumah keluarganya dan menelefon telefon bimbitnya tapi gagal dikesan. Dia turut mendakwa tiada perselisihan faham yang berlaku sebelum suaminya tiba-tiba ghaib.
Buat live lafaz cerai talak tiga
https://www.facebook.com/DJWongBollywood/videos/700223844766188
Selepas seminggu hilang tanpa khabar, misteri kehilangan DJ Wong terungkai selepas lelaki ini tiba-tiba muncul di siaran live meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran malam tadi.
Dalam video live berdurasi 15 minit itu, DJ Wong mengatakan yang dia berada dalam keadaan selamat dan memohon agar pihak berkuasa hentikan pencarian.
Jelas lelaki ini, dia telah keluar dari rumah kerana mempunyai masalah dengan isterinya.
Lelaki ini kemudiannya melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dihujung siaran langsungnya itu dan memberitahu bahawa dia tidak akan muncul lagi di Facebook selepas ini.
“Lelaki dayus”
https://www.facebook.com/Ox5Family/videos/973779686605278
Selepas live tersebut, DJ Sal turut membuat siaran langsung. Wanita ini menyifatkan cara suaminya itu sebagai dayus kerana telah menghilangkan diri dan lafazkan cerai talak tiga menerusi Facebook.
Wanita ini juga turut menegaskan yang dia enggan membuka aib suaminya dan meminta agar lelaki itu menunggu tindakan lanjut di mahkamah.
Alahai, kenapalah sampai ceraikan dekat Facebook ni?
Sumber: Harian Metro
Baca: Tak Boleh Pilih ‘Last Name’ Punya Pasal, Pasangan Pilih Bercerai & Kahwin Semula Setiap 3 Tahun