Kecoh dan panas! Isu yang melibatkan video seks seorang individu bersama lelaki mirip menteri kanan yang tersebar di media sosial baru-baru ni telah menjadi topik perbualan utama netizen serta ahli politik lain.
Menurut Free Malaysia Today, PAS hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengheret individu yang terlibat di dalam video terbabit ke Mahkamah Syariah.
Jangan sebarkan video berkenaan! – Timbalan Presiden PAS
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap tentang hal ini dengan merujuk pengakuan Muhammad Haziq Aziz yang juga SUSK Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Akin terbabit dalam video seks yang tersebar luas semalam.
Sehubungan itu, beliau menggesa supaya ahli dan pemimpin parti Islam ini jangan menyebarkan rakaman video tersebut.
“Sebagai seorang Muslim, sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.
“PAS menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Agar Allah pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab”
Tambah Tuan Ibrahim, PAS buat masa ini sepatutnya bantu menyelesaikan pelbagai isu ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat serta bukannya menghabiskan masa dan tenaga dalam perkara yang tak bermanfaat.
“Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukuhwah jamaah dan jaga hubungan dengan Allah, agar Allah pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab,” katanya lagi.
Semalam, Haziq dalam sebuah video berdurasi 30 saat yang dimuat naik jam 3 pagi telah menamakan menteri tersebut sebagai seorang pemimpin PKR dan meminta SPRM untuk menyiasat individu itu.
Katanya lagi, aksi seks tersebut telah dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu dekat Hotel Four Points, Sandakan semasa berlangsungnya PRK Parlimen itu tak lama dulu.
Dari sebar-sebar video tak bermoral ni, baik korang kerja keras cari wang untuk masa depan.