in

“Saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid” – Diva AA Akui Kenal Haziq Aziz

Haziqdivaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, hangat isu diperkatakan video lelaki mirip seorang menteri tengah ‘mengunyit’ di media sosial.


Bila diperhatikan sosok wajah tersebut, ramai yang memberi andaian bahawa lelaki tersebut merupakan seorang menteri dan abang kepada selebriti sensasi Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA.

Ketika dihubungi oleh Kosmo Online, Diva AA akui bahawa dia langsung tak terkejut dengan apa yang terjadi, bahkan dia akui bahawa dia mengenali individu terbabit yang dikenali sebagai Haziq Aziz tu.

 

 Masih menyimpan kemas 1001 aib abangnya itu.. Kenal dengan Haziq

Divaaa

“Muhasabah dirilah wahai Azmin walaupun saya tahu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan isu ini.

“Inilah kifarah Tuhan selepas bertahun-tahun dia menghina Diva AA di hadapan arwah ibu, Mak Tom dan saya hanya bersabar,”

Tambah Diva AA lagi, dia sendiri kerap terjumpa dengan lelaki itu sebelum Pilihanraya Umum ke-14 tahun lalu.

 

Inikah yang mahu dijadikan contoh? – Azwan Ali

Divaaa2

Diva AA cabar abangnya untuk membuat pengakuan atas nama Allah di dalam masjid.

“Saya tidak kisah dia mahu bersama siapa atau berbuat apa tetapi sebagai seorang pemimpin yang kononnya diuar-uarkan bakal dijulang sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan, inikah yang mahu dijadikan contoh?

“Kalau Azmin katakan bukan dirinya yang dalam video itu, saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid. Semoga bala tidak turun sebaik sahaja dia berbuat demikian” 

Sebelum ini, Haziq Aziz membuat pengakuan secara terbuka bahawa dirinya adalah individu yang terbabit dalam perbuatan songsang bersama menteri kanan tersebut.

Bagaimanapun, kesasihan video tersebut masih belum disahkan.

 

Baca : Sayalah individu bersama menteri dalam video viral tu” – Lelaki Bersumpah Video ‘Aksi Atas Katil’ Bersama Menteri Kanan?

Haziq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.