in

“Sudut pandang CCTV jadi punca” – Isu MPV ‘Escort’ Pencuri Kabel, Polis Dedah Kronologi Insiden

Polis Escort Cctv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menjelaskan dakwaan yang mengatakan kenderaan peronda polis (MPV) seolah-olah melindungi kegiatan pencuri kabel dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Tasek Tambahan, Ampang baru-baru ini adalah disebabkan kekeliruan terhadap sudut rakaman CCTV.

Menurut beliau, anggota MPV berkenaan berada di lokasi selepas menerima maklumat mengenai aktiviti curi kabel dan bukannya melindungi atau mengiringi kumpulan terbabit.


“Saya sudah membuat semakan, sebenarnya tidak ada kontroversi, anggota MPV yang membuat rondaan berkenaan melaksanakan tugasnya.

“Cuma yang saya lihat dipersoalkan apabila membabitkan sudut-sudut rakaman berkenaan seolah-olah menimbulkan kontroversi,” jelasnya.

Shazeli berkata, anggota polis bergegas ke lokasi selepas menerima aduan bagi membuat pengesahan berhubung kegiatan curi kabel tersebut.

Namun ketika tiba, polis tidak menyangka kumpulan suspek yang berada di kawasan berkenaan adalah dalam jumlah yang ramai. Sebaik menyedari kehadiran polis, beberapa suspek bertindak melarikan diri dari lokasi.

Screenshot 2026 09 22 111001

“Kita sudah membuat tangkapan ke atas seorang suspek dan siasatan dijalankan. Suspek sudah dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda RM8,000,” katanya.

Artikel berkaitan: Nafi Bersekongkol, Polis Perjelas Dakwaan ‘Escort’ Kenderaan Pencuri Kabel

Artikel berkaitan: 2 Lelaki Jatuh Empangan Sebab Nak Curi Kabel, Seorang Hilang Dikhuatiri Lemas

Pada masa sama, polis kini masih giat mengesan rakan subahat suspek yang dipercayai masih bebas.

Sementara itu, polis juga melakukan siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman CCTV berkenaan serta mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kelemahan ketika kejadian berlaku.

Katanya lagi, tidak menjadi masalah untuk orang ramai berkongsi rakaman atau maklumat dengan pihak polis kerana ia boleh membantu siasatan, namun dinasihatkan supaya tidak membuat kesimpulan terlalu awal berdasarkan rakaman yang mungkin boleh menimbulkan fitnah.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.