in

Parlimen Kecoh Bila Mat Sabu Nyatakan Nabi Muhammad SAW Sebagai Pelarian! Ini Jawapan ‘Win’ Datuk Dr Zulkifli Al Bakri

Gambar Hiasan 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah merupakan peristiwa penting didalam sejarah Islam dan salah satu titik permulaan penyebaran Islam ke seluruh dunia.


Namun baru baru ini, salah satu menteri kabinet menyamakan perjuangan terbesar dalam penyebaran Islam itu sama seperti pelarian khususnya Nabi Muhammad S.A.W. Menteri berkenaan pada awalnya mempertahankan isu tentang pelarian Rohingnya dengan mengatakan kerajaan perlu mempertahankan hak perlarian tersebut dan harus menjaga mereka dengan baik.

“Jangan kita kita lupa sejarah. Kita jangan lupa Islam itu ditegakkan para pelarian, khasnya Nabi Muhammad, yang jadi pelarian dan berhijrah dari Makkah ke Madinah,”

Ahli Parlimen Kota Raja, Mat Sabu berkata pelarian tidak seharusnya digambar secara buruk dan kategori pelarian seperti pencari suaka perlu dibezakan.

Tular berkenaan kenyataan menteri tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memetik dari kitab fiqh sirah yang dikaryakan oleh guru beliau, Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti, yang mentakrifkan hijrah Rasulullah tatkala berhijrah ke Kota Madinah, bukanlah bermakna Rasulullah “melarikan” diri tetapi atas perintah dan tuntutan Allah SWT.

HIJRAH ATAU PELARIAN?Saya menjawab soalan tambahan YB Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam (Bersatu) berkenaan keabsahan istilah "pelarian" kepada Rasulullah SAW.

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Selasa, 28 Julai 2020

Beliau turut menegaskan bahawa istilah hijrah itu membawa maksud yang sangat berlainan dengan lain.

“Dan istilah hijrah itu sendiri berbeza sangat berbanding yang lain,”

Beliau berkesempatan untuk menyatakan beza maksud hijrah dan pelarian itu apabila menjawab soalan tambahan dari YB Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh, Ahli Parlimen Sabak Bernam berkenaan keabsahan istilah “pelarian” kepada Rasulullah SAW.

Baca: Mat Sabu menteri kartun! – Najib

Capture 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.