in

“Mat Sabu menteri kartun!” – Najib

Naj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang pilihan raya kecil Sungai Kandis, macam-macamlah kempen yang dijalankan oleh tiap-tiap parti. Datuk Seri Najib Tun Razak pun tak terlepas daripada mengadakan kempen untuk pengikut-pengikutnya.


Naj1
sumber: malay mail

Tapi yang tak syoknya bila Datuk Seri Najib memperlekehkan kredibiliti menteri kabinet Pakatan Harapan. Menurut mStar, yang jadi main target beliau ialah antara menteri favourite korang iaitu Menteri Pertahanan, Mat Sabu. Kenapa ni?

“Tapi Mat Sabu berdepan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, saya tak jamin. Saya tak jamin sebab dia akan cakap pasal ikan, kepala ikan. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pusing kepala agaknya, mesti dia kata apa standard kita di Malaysia ni.”

Naj2
sumber: the star

Datuk Seri Najib turut menyambung, “Pelik! Orang macam ni pun boleh jadi menteri.”

“Apa kurangnya kita ni tuan-tuan. Apa ni? Kartun, kartun! Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai beret pun macam kartun.”

“Naik kapal terbang, cakap nak buat kari ikan. Awak tu menteri pertahanan cakap pasal dasar pertahanan negaralah, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf Menteri Pertahanan, ini joker je, ini kartun.”

Naj3
sumber: thesundaily

Selain tu, Datuk Najib turut membidas pentadbiran Pakatan Harapan kerana didakwa menipu rakyat semasa kempen PRU-14 yang lepas. Pulakk?

“Ada 3 ciri orang munafik, bila dia cakap, dia cakap bohong. Bila dia janji, dia mungkir janji. Bila dia pegang amanah, dia cuai amanah.”

“Masa kempen pilihan raya cakap negara bankrap tapi bila dah menang eh ekonomi negara kita kuat. Ini semua lakonan dia, tuduh saya macam-macam tapi tak ada bukti lagi tuan-tuan. Belum ada bukti, orang tak boleh dituduh malah saya telah dihukum di court of public opinion oleh mereka”

Kalau berkempen tak burukkan orang tak boleh ke? Ini ke dipanggil politik matang?

Baca: Alolo Sweetnya! Rosmah Suap Najib Kek Sempena Hari Jadi di Parlimen

Naj1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.