“Parking macam BERUK, bukan pakai kereta besar pun!”- Pergaduhan Pemandu Kenari Dan Viva Di FB Buat Netizen Geli Hati, Siap ‘Troll’ Lagi.

Tambah ke Sumber Pilihan
“Parking macam BERUK, bukan pakai kereta besar pun!”- Pergaduhan Pemandu Kenari Dan Viva Di FB Buat Netizen Geli Hati, Siap ‘Troll’ Lagi.

Masa mula-mula dapat lesen kereta dulu, korang ingat lagi tak macam mana korang parking kereta? Betul-betul masuk kotak atau senget benget?

Boleh dikatakan waktu nak park kereta merupakan waktu ‘getir’ khususnya buat pemegang-pemegang lesen baharu, terutamanya bila nak parking reverse..admin setuju!


So nak dijadikan cerita, baru-baru ni viral di media sosial bila mana owner kereta Kenari dan Viva bergaduh disebabkan masalah ‘parking’.

Kejadian dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah melibatkan seorang wanita iaitu pemandu kereta Kenari dengan seorang lelaki yang merupakan pemandu viva..apo cito ni?

Parking macam BERUK!

49500010 1233734816793968 5852546823801012224 N

Nak dijadikan cerita, lelaki yang dikenali sebagai Fahmi ni muat naik status beserta gambar dalam group Penduduk Sungai Petani Kedah di facebook.

Parking macam BERUK! Bukan pakai kereta besar pun! Susah sangat ke nak letak elok2 dalam box? Bercalar kereta aku, SIAP KAU!

Berdasarkan daripada status tersebut, nyata lelaki ni marah dengan pemilik kereta Kenari yang parking kereta dengan ‘bijak’ iaitu terkeluar daripada kotak atau ruang sepatutnya, sampai betul-betul sikit lagi nak kena kereta lelaki tersebut..alamak, kenapa sampai macam tu sekali ek?

So, disebabkan status tu jadi viral tak lama kemudian ada seorang wanita up status dalam group yang sama.

49242366 1233734836793966 8378855439235809280 N

Ha pulak dah! Mana satu yang betul ni? Salah kereta viva putih tu ke atau kenari?

Tapi rata-rata netizen yang baca status mereka berdua ni memang menyalahkan wanita tersebut kerana parking di luar kotak yang telah disediakan.

Siap ada yang kata ‘korang kalau  bergaduh dengan perempuan takkan menang’…

2 perkara paling bahaya dalam dunia..

2 Perkara Paling Bahaya Dalam Dunia

Aku syak kenari datang dulu, baru pekerja buat line…

Aku Syak Kenarai Parking Dulu Baru Orang Buat Line

Salah kereta! kalau kereta tak wujud, kes ni tak jadi…

Mungkin Salah Kereta

Maklumlah naik lori 10,000 tayar..

Maklumlah Naik Lori 10 Ribu Tayar

Hahaha…macam-macam team ‘bawang rangers’ ni kalau buat teori diorang, actually banyak lagi komen-komen lucu yang netizen bagi, tapi nanti korang baca sendiri okay.

Tak ketinggalan geng-geng yang troll, apabila mereka mempamerkan ‘skill’ mengedit gambar kenari dan viva tersebut, korang tengok sendiri.

Ada basikal parking rupanya….kahkahkah!

49719571 1233848100115973 3472088760798150656 N

Okay…kereta dah masuk petak, kes selesai!

49731937 1233848060115977 781403977349595136 N
Sumber : Facebook

Hai lah netizen, korang punya idea ni boleh buat drama dah tau! kemain lagi eh…Btw untuk yang ada kenderaan sendiri atau baru nak ambik lesen, make sure parking tu elok-elok dalam kotak okay! 🙂

Baca : Nak acah judge orang, last-last dia yang bodoh Perli Rakyat Malaysia Tak Reti Parking, Rupanya Diri Sendiri Yang Terkena

Kereta Hijau

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Iz
Lagi tulisan Iz
Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Parking macam BERUK, bukan pakai kereta besar pun!”- Pergaduhan Pemandu Kenari Dan Viva Di FB Buat Netizen Geli Hati, Siap ‘Troll’ Lagi.
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/parking-macam-beruk-bukan-pakai-kereta-besar-pun-pergaduhan-pemandu-kenari-dan-viva-di-fb-buat-netizen-geli-hati-siap-troll-lagi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM