in

“Nak acah judge orang, last-last dia yang bodoh” – Perli Rakyat Malaysia Tak Reti Parking, Rupanya Diri Sendiri Yang ‘Terkena’

Kereta Hijau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan main-main bab parking kat Malaysia ni! Ada orang sampai boleh bergaduh lah sebab berebut parking. Sebab tulah kalau ada orang salah parking je mesti netizen ambil gambar pastu viralkan kat media sosial sebagai pengajaran buat semua.


Tapi jangan pulak korang main viral je sampai tersalah viral! Malu sungguh kalau jadi macam mamat ni yang nak tunjuk kebodohan orang tapi diri sendiri pulak terpancar kebodohannya. Ops! 

 

Orang Malaysia memang kelakar… tapi siapa yang ‘kelakar’ sebenarnya? 

Menerusi sebuah posting yang viral di Twitter, seorang netizen muat naik gambar kereta Axia yang dikatakan salah parking kat tempat green vehicle. Lagi menambahkan ‘kelakar’ nya, kereta tu pulak memang warna hijau.

223230Vmmbvb4Mwtym6Ctc

sumber: twitter

Tapi tweet ni dah jadi tak kelakar pulak lepas netizen kat bawah beritahu yang kenderaan Axia ni adalah sejenis kereta hijau. Yup seriouslyyyy memang green vehicle! 

Bagi yang tak tahu, kereta hijau ialah kenderaan yang menjimatkan minyak dan eco-friendly. Ia menggunakan enjin jenis EEV yang jugak mengurangkan vibrasi serta pencemaran bunyi tau!

G

Dvt6Lktv4Aecibh

Dvqijiovaaawgyd
sumber: twitter

 

“Apa yang kelakar? Otak atau knowledge sendiri yang kelakar?” 

Gara-gara muat naik tweet yang acah-acah kelakar tapi sebenarnya ‘terkena’ dekat diri sendiri, posting lelaki ni meriah dengan kecaman! Sebab tulah pentingnya bertanya atau selidik dulu sebelum main terjah je viralkan semua benda. Ish, ish! 

Judge
sumber: twitter

Apa-apapun netizen tak perlulah lebih-lebih dalam mengecam tindakan lelaki ni. Mungkin dia tak tahu apa tu green vehicle dan elok jugak ada yang bagi info tentang benda ni. 

Baca: Rekod & Viralkan Video Pasangan Kekasih Buat Aksi Tak Senonoh, Tapi Dia Pula Kena Tangkap Polis!

Kena Tangkap Record 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.